JKKR Felda Sungai Tengi Minta Kerajaan Negeri Selangor Segera Tukar Syarat Tanah Perumahan Generasi Ke 2 - pakdin.my

jkkkr sg tengiSUNGAI TENGI – Kerajaan negeri tidak perlu berdolak-dalik dalam isu pembinaan perumahan generasi kedua Felda di Sungai Tengi Selatan.

Pengerusi Biro Ekonomi Jawatankuasa Kemajuan Rancangan (JKKR) Felda Sungai Tengi, Razuwan Nordin berkata, kerajaan negeri sepatutnya membantu menyelesaikan isu tersebut dan bukan memberi alasan seolah-olah Felda penyebab projek tersebut gagal diteruskan hingga ke hari ini.

“Kerajaan negeri yang berkuasa menentukan syarat tanah tersebut sama ada dikekalkan sebagai tanah pertanian atau perumahan.

“Jika kerajaan negeri masih belum menukar syarat tanah tersebut kepada perumahan, bagaimana pembinaan perumahan generasi kedua Felda itu dapat diteruskan. Jadi kerajaan negeri yang sepatutnya membantu bukan Felda,” katanya di sini, semalam.

Beliau yang ditemani Setiausaha Kehormat JKKR Gugusan Felda Sungai Dusun, Mohamad Stap Othman berkata, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini menyatakan kerajaan negeri masih menunggu kelulusan tanah tersebut daripada Felda memandangkan ia dimiliki Felda.

Menurutnya, Abdul Khalid dalam kenyataan terdahulu menjelaskan Task Force Felda Negeri Selangor yang diberi tanggungjawab melaksanakan projek itu memberi tempoh setahun kepada Felda untuk menyelesaikannya, tapi malangnya Felda didakwa belum memberikan kata putus.

“Kerajaan negeri bertanggungjawab membantu menyelesaikan perkara itu dan bukan meletakkan sepenuhnya kepada Felda,” katanya.

Menurutnya, sejak awal lagi Felda menerusi JKKR Sungai Tengi mengemukakan permohonan penukaran syarat tersebut untuk tujuan pembinaan perumahan generasi kedua.

Bagaimanapun, katanya, sehingga kini kerajaan negeri masih belum berbuat demikian menyebabkan usaha itu terbantut.

“Perkara ini bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan tidak perlu meletakkan seolah-olah Felda tidak membantu.

“Kalau benar kerajaan negeri masih menunggu kelulusan tanah daripada Felda, kenapa Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan pecah tanah di kawasan tersebut pada 28 Oktober tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata, kuasa itu ada pada kerajaan negeri bukan Felda dan sepatutnya kerajaan negeri boleh teruskan tanpa perlu menunggu kelulusan Felda.

“Namun, itu tidak dilakukan sebaliknya menyalahkan felda.

“Oleh itu, kita menggesa kerajaan negeri menyegerakan pernukaran syarat tanah tersebut bagi membolehkan JKKR melaksanakan pembinaan perumahan generasi kedua Felda seperti dirancang,” katanya.

UTAMAPOLITIKJKKR Felda Sungai Tengi Minta Kerajaan Negeri Selangor Segera Tukar Syarat Tanah...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium