Johor Darul Takzim mara, jumpa Kelantan pada final Piala FA - pakdin.my

pahang-vs-jdt-facup

Johor Darul Takzim mara ke final Piala FA walaupun terikat agregat 2-2 dengan Pahang, namun pasukan itu layak kerana kelebihan satu jaringan di tempat lawan dalam perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini malam ini.

Johor Darul Takzim akan bertemu Kelantan pada perlawanan akhir.

Perlawanan malam ini, berkesudahan Pahang menang 2-1. Namun, Johor Darul Takzim mara ke final selepas menang 1-0 pada perlawanan pertama di tempat sendiri di Johor Bahru sebelum ini.

Pertemuan kedua-dua pasukan pada malam ini diadakan di stadium berkecuali berikutan kekecohan yang berlaku di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada Selasa lalu.

UTAMAGAYA HIDUPJohor Darul Takzim mara, jumpa Kelantan pada final Piala FA

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium