Jom Beli-belah di Guangzhou - pakdin.my

Guangzhou ( 广州; Guǎngzhōu) — Masa aku sekolah dulu disebut sebagai Canton atau cina di kampong aku panggil Kwangchow adalah bandar ketiga terbesar di China dan bandar terbesar didalam Wilayah Guangdong. Terletak di Pearl River (ini yang aku belajar masa sekolah dulu), kira-kira 120 km Barat Daya of Hong Kong dan Barat Laut Macau.

guangzhou-Zhong Hua Plaza
Plaza Zhonghua

Lieshilingyuan

Kawasan komersial Lieshilingyuan meliputi satu gedung beli-belah dan dua buah pusat beli-belah bawah tanah. Pelbagai jenis barang dijual di sini. Plaza Zhonghua misalnya, menjual baju dan kasut berjenama. Terdapat sebuah panggung wayang bertaraf lima bintang dan sesuai bagi pelawat berehat setelah penat membeli-belah.

Tingkat B1: Jenama antarabangsa seperti: CK, TOMY, MONGO, THEME
Tingkat 1: Jenama tempatann seperti:  COZZI, CITY CHAIN
Tingkat 2-3: Jusco
Tingkat 3: Pakaian
Tingkat 4: Telefon Selular
Tingkat 5: Peratan rumah
Tingkat 6: Buku
Tingkat 7: Makanan
Tingkat 8: Pawagam

Pengangkutan: Stesen Lieshilingyuan, Laluan 1 Kereta Api Bawah Tanah.

Jalan Beijing

Jalan Beijing
Jalan Beijing

Pejalan kaki komersial Beijing amat termasyhur di Guangzhou. Semua barang-barang berjenama dapat ditemui di kawasan ini. Terdapat banyak gedung serbaneka di sekitar Jalan Beijing. Tempat ini sesuai bagi mereka yang mahu barang-barang yang bermutu tinggi.

Pengangkutan: Stesen Lieshilingyuan, Laluan 1 Kereta Api Bawah Tanah.

Shangxiajiu

Shangxiajiu Shopping Street
Shangxiajiu Shopping Street

Terdapat beberapa tempat beli-belah di kawasan komersial ini. Antaranya, Zhuangyuanfang, yang digelar “syurga membeli-belah muda-mudi”, menjual pelbagai fesyen baju dengan harga yang rendah.

Lorong Pejalan Kaki Shangxiajiu yang tidak jauh dengan Zhuangyuanfang menjual barang-barang dengan harga yang rendah. Jika memilih dengan teliti, anda boleh menemui barang-barang yang berkualiti. Terdapat juga kedai yang menjual kristal dan batu jed, sama ada secara borong atau runcit.

Pengangkutan: Sesen Changshoulu, Laluan 1 Kereta Api Bawah Tanah.

 

Makan

Dah penat berjalan kita makan dulu. Jangan risau, disekitar kawasan membeli belah sahaja ada berpuluh restoran halal. Aku lebih selesa dengan makanan Muslim Uighur. Sambil makan dihiburkan dengan tarian tradisional mereka.

guangzhou-uigur-dance

Sebelum terlupa aku nak tunjukkan. Ini baru betul nasi goreng cina 🙂

guangzhou-nasi-goreng-cina

Penginapan

Ok lah, dah penat berjalan, makan pun sudah..  masa untuk berehat. Besok kita sambung membeli belah.

guangzhou-hotel

Kalau ada yang teringin datang kesini bolehlah hubungi kami:

arkedmaya.biz@gmail.com (Email)
http://arkedmaya.my (Website)
http://fb.arkedmaya.my (Facebook)

UTAMAGAYA HIDUPJom Beli-belah di Guangzhou

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium