Jualan 1MDB Edra: Tuduhan dan jawapan

1mdb-edra-cgn-china

TUDUHAN: Berniaga buluh kasap ..beli mahal jual murah.. masuk angin keluar asap.
Hari ini secara rasmi nya 1MDB menjual Edra Energy dengan harga RM9.83 billion kepada CNG ( China Nuclear Power Corporation).

Harga belian kesemua Energy assets tersebut adalah RM12 billion (termasuk goodwill RM2billion) .

Kerugian membeli mahal menjual murah saja sudah lebih RM2 billion
Ini bermakna goodwill yang dibayar oleh 1MDB dulu langsung tiada bernilai..sudah jadi badwill.

LSS: When 1MDB sold it to CGB for RM9.83b, CGN also assumed debt of RM8b – giving a value of RM17,83b.
And the reason why RM12b became RM9.83b is this: IPPs, like any concession business has a life – and when the life-span is shorter, the value is lower – but money and profits came out to pay for interest and also profits to the holding company.

Meaning – while 1MDB also had to pay for the interest costs for acquiring the power plants, people forget that these power plants were all profitable and generating positive cash-flow which paid for the interests with some profits too.

TUDUHAN: Kerugian ke 2 pula adalah dari segi cost membeli di mana 1MDB telah membayar RM5 billion kepada sebagai cost and fees of financing. Jumlah ini belum di campur option termination fees kepada IPIC sebanyak USD1 billion barangkali.. so takpa lah kita ambil RM5 billion lah kita congak boleh?

LSS: Since Edra did not go IPO, the “options termination fees” are now superseded by the June 2015 binding agreement between IPIC and 1MDB – maksud tak laku lagi. Tidak timbul topic ini lagi.

Bagaimana kamu dapat RM5 billion cost of finance, aku pun tak tahu tetapi hang juga lupa IPP juga ada keuntungan setiap tahun dan dividennya.

TUDUHAN: Kerugian ke 3 pula ialah semasa beli jumlah pinjaman Assets tersebut ialah RM6 billion. Nilai sekarang ialah RM8billion. Ini beza sebanyak 2 billion. Oleh kerana CNG akan assume semua pinjaman ini, kalau pinjaman tidak berubah RM2 billion itu boleh menjadi cash kepada 1MDB.

LSS: Bagaimana pinjaman boleh tukar menjadi cash? Ini pelik.

Kalau Mahathir dan Tony Pua tak kacau sangat, mungkin tahun depan boleh IPO dan dapatkan harga lebih baik sehingga harga 20% lebih dari RM18b.

Harga IPO sememangnya lebih tinggi dari harga jual terus.

Kalau nak pastikan harga lebih tinggi pada IPO lagi, senang je. Kerajaan tambah-baik lagi konsesi kepada IPP2 itu – kadar PPA lebih tinggi, tempoh PPA lebih panjang. Buatlah macam Mahathir buat dulu. Rakyat yang tanggung berdekad-dekad aje. Tetapi Najib tak sejahat Mahathir dan tak buat macam ini.

Kesimpulannya, 1MDB beli IPP2 itu RM18b dan jual RM17.83b + untung IPP selama 3 tahun.

Ada Masalah? Tak rugi banyak-pun.

Bukan jual pada harga kosong buruk besi yang selalunya dituduh oleh Mahathir dan Tony Pua.

TUDUHAN: Kerugian ke 4:
Kita menjual strategic assets negara kepada Syarikat asing !
Kesimpulan dari segi tunai 1MDB rugi RM9 billion dari segi jual murah 2 billion, cost of financing 5 billion , penambahan loan 2 billion.

Dari segi strategi assets dijual kepada syarikat asing , ini tidak ternilai ! TNB should have been awarded instead CNG.

Ada apa yang saya tertinggal atau silap? Sila betulkan.

Ok lah lets be fair and add some income from IPPs selama ini.. Tak banyak pun. Sesiapa ada figure bagi lah kita boleh tolak.

LSS: Hang kata income dari 13 IPP tak banyak pun? income IPP tak banyak sampai TNB sanggup bayar RM16 bilion (8b cash+8b hutang) dan syarikat Cina sanggup bayar RM18b ((10b cash+8b hutang)?

Income IPP tak banyak? Biar betul. Cuba tanya kroni2 IPP Tun M YTL, Ananda dan sebagainya. 

TUDUHAN Kerana ini jugalah kita awal awal sudah bising tentang mismanagement dan entah apa apa lagi yang berlaku dalam 1MDB sehingga akhirnya terpaksa menjual assets dengan harga murah dan kepada syarikat asing.
p.s. tak payah ceritalah tentang pembelian assets ini utk turunkan tariff letrik..nampak dangkal sangat.

LSS: Kalau 1MDB tak beli dari Ananda Krishna, 8 IPP itu sudah lama dijual kepada orang asing. Negara2 lain termasuk Indonesia, Singapore, India, Australia semuanya membolehkan sektor penjanaan elektrik dibeli oleh orang asing, Malaysia tak boleh pulak?

Hang nak pelaburan asing masuk ke Malaysia atau tidak? Pelabur asing lari, Ringgit jatuh – hang meroyan. Pelabur asing masuk sekarang untuk mengukuhkan matawang, hang kata jual negara. Apa ini? 

Lagipun, market-share Edra di Malaysia tak banyak pun – hanya 14% – yang lain ialah TNB dan Malakof milik Syed Mokhtar.

Kalau TNB nak beli, tawarlah harga yang berpatutan. Mengapa kerajaan nak rugi RM2b jual kepada TNB yang 50% sahamnya milik orang swasta?

Yang 1MDB selalunya menawarkan harga termurah bagi setiap tender kadar elektrik kepada TNB itu tidak mahu cerita? Kerana harga yang ditawar termurah, 1MDB untung kurang tetapi siapa yang untung lebih? Rakyat dan TNB.

Walaupun kadar elektrik ada naik tahun 2014 oleh kerana subsidi gas kepada IPP telah dikurangkan. Tetapi, yang untungnya ialah Petronas.

Kadar elektrik turun bulan Mac 2015 tak nak cakap pula?

TUDUHAN: Kalau macam ni punya assets rationalisation (read jual harta) takperlu lah ambil grad LSE jadi CEO bayar gaji mahal2 ..

LSS: Ialah. Lebih baik asset bagi balik kepada kroni Tun M aje macam dulu. Semua happy.

31 Responses

Leave a Reply