KABEL DASAR LAUT TERMAJU DUNIA SEPANJANG 20,000KM MULA BEROPERASI – TM

SEA-ME-WE 5, sistem kabel dasar laut termaju dunia sepanjang 20,000 kilometer (km) menghubungkan tiga benua Eropah, Afrika serta Asia, kini siap dan mula menghubungkan trafik dari titik kehadiran (POP) Singapura hingga ke Perancis serta Itali.

Projek mega dunia yang memenangi Anugerah Projek Terulung Sepanjang Tahun Bagi Kategori Dasar Laut di Global Carrier Awards, Paris, bulan lalu itu diterajui gergasi telekomunikasi antarabangsa di 18 negara, termasuk Malaysia menerusi penyertaan Telekom Malaysia Bhd (TM).

Naib Presiden Eksekutif Global Wholesale TM, Mohamad Rozaimy Abd Rahman, berkata sistem kabel dasar laut itu memberi kelebihan memenuhi keperluan perniagaan kumpulan TM pada masa depan.

Katanya, SEA-ME-WE 5 akan membantu melonjakkan pertumbuhan kapasiti data jalur lebar antarabangsa TM, Transit IP, Internet Protocol Virtual Private Network (IPVPN), saling sambungan dan perkhidmatan penghantaran data.

Kehadiran sistem kabel baharu itu menyediakan kepelbagaian rangkaian alternatif kepada TM untuk menyalurkan data serta sistem kabel penghubung rangkaian antarabangsa Bay of Bengal Gateway (BBG) dan SEA-ME-WE 4 (SMW4).

Kabel dasar laut SEA-ME-WE 5 yang merentasi 18 negara itu adalah teknologi termaju telekomunikasi global, yang dibangunkan dengan kapasiti 24 Terabit sesaat.

Ia dibangunkan menerusi tiga pasang kabel gentian optik dalam memenuhi keperluan data yang tinggi masa depan daripada tukaran data enterpris, TV internet dan permainan dalam talian.

Teknologi kabel termaju 100 Gbps itu akan menjadi penyelesaian masalah kapasiti jalur lebar yang terhad di antara Eropah dan Asia, meningkatkan kepelbagaian rangkaian dan berdaya tahan untuk menampung kapasiti besar di antara Asia-Eropah.

INFO: Konsortium SEA-ME-WE 5

Ahli: Syarikat telekomunikasi dari 18 Negara
-Telekom Malaysia Berhad (TM),
-Bangladesh Submarine Cable Company Limited (BSCCL),
-China Mobile International (CMI),
-China Telecom Global (CTG),
-China United Network Communications Group Company Limited (CU),
-Djibouti Telecom (DT),
-Emirates Integrated Telecommunications Company (du),
-Myanmar Post and Telecom (MPT),
-Ooredoo Oman,
-Ooredoo Qatar,
-Orange,
-PT Telekomunikasi Indonesia International (Telin),
-Saudi Telecom Company (STC),
-Singapore Telecommunications Ltd (Singtel),
-Sparkle,
-Sri Lanka Telecom PLC (SLT),
-Telecom Egypt (TE),
-TeleYemen,
-Turk Telekom International (TTI),
-Trans World Associates (Pvt) Limited Pakistan (TWA).

20161230-sea_me_we_5

2 Replies to “KABEL DASAR LAUT TERMAJU DUNIA SEPANJANG 20,000KM MULA BEROPERASI – TM

Leave a Reply