Kaki Ayam Bertaburan Atas Lebuhraya Dekat Sungai Petani - pakdin.my

kaki-ayam-bertabur-atas-highway

Kaki ayam bertaburan di atas jalan raya manakala tiga cedera ringan selepas lori muatan bungkusan kaki ayam terlibat dalam kemalangan membabitkan 11 kenderaan di Km92.4 Lebuhraya Utara-Selatan, di sini, Rabu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Md Zukir Md Isa berkata kemalangan pada kira-kira 6.30 pagi itu membabitkan empat lori, enam kereta dan sebuah motosikal.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila lori sarat dengan muatan bungkusan kaki ayam cuba memotong kenderaan lain tetapi terlanggar belakang sebuah lori menyebabkannya melanggar pembahagi jalan sebelum berhenti.

“Akibat pelanggaran itu, bungkusan kaki ayam jatuh berselerak di atas jalan, di kedua-kedua laluan bertentangan, menyebabkan beberapa kenderaan lain gagal mengelak dan melanggarnya,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Md Zukir berkata, sebuah lori yang berhenti di belakang lori membawa muatan kaki ayam itu turut dirempuh sebuah kereta cuba mengelak daripada melanggar bungkusan kaki ayam yang bertaburan.

Mereka yang cedera ringan dalam kemalangan itu ialah seorang pemandu lori, seorang pemandu kereta dan seorang penunggang motosikal, katanya.

UTAMABERITAKaki Ayam Bertaburan Atas Lebuhraya Dekat Sungai Petani

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium