Kakitangan Kedutaan Korea Utara Dilarang Keluar Dari Malaysia

Kementerian Dalam Negeri melalui Jabatan Imigresen Malaysia mengeluarkan arahan serta- merta melarang pegawai mahupun kakitangan Kedutaan Korea Utara meninggalkan negara ini.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, ia susulan tindakan sama yang dilakukan oleh Korea Utara terhadap pegawai dan kakitangan kedutaan Malaysia di Korea Utara.

Bagaimanapun, jelas beliau rakyat Korea Utara masih boleh keluar dari negara ini.

10 Replies to “Kakitangan Kedutaan Korea Utara Dilarang Keluar Dari Malaysia

    1. KUALA LUMPUR, 8 Jamadilakhir 1438H, Selasa – Susulan arahan Korea Utara melarang rakyat Malaysia di sana meninggalkan negara itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengeluarkan arahan sama terhadap warga Korea Utara di negara ini.

      Perkara itu dimaklumkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menerusi Jabatan Imigresen untuk tidak membenarkan mana-mana pegawai atau kakitangan di Kedutaan Korea Utara keluar dari Malaysia.

      Zahid berkata, arahan itu berkuat kuasa serta-merta sebagai tindak balas selepas Kementerian luar Korea Utara mengeluarkan arahan menyekat warga Malaysia di sana meninggalkan negara itu.

      “Kita tidak berhasrat untuk melakukan tindak balas tetapi ini harus dilakukan apabila negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia melakukan tindakan di luar tatasusila dan kezaliman diplomatik.

      “Malaysia terpaksa mengambil tindakan sama kerana mereka memanipulasikan apa yang dipanggil sebagai kes pembunuhan di klia2.

      “Kita mahu menghantar mesej jelas kepada negara berkenaan jangan pernah tuding jari pada Malaysia dan merendah-rendahkan tahap Malaysia sebagai negara berdaulat yang menjalankan semua siasatan berdasarkan profesionalisme PDRM, Jabatan Kimia dan lain-lain agensi penguatkuasaan,” katanya.

      Korea Utara sebentar tadi mengarahkan semua rakyat Malaysia di negaranya untuk tidak meninggalkan negara itu buat sementara waktu sehingga insiden yang berlaku di Malaysia diselesaikan dengan baik.

      Difahamkan, ada 11 rakyat Malaysia di Korea Utara iaitu sembilan di kedutaan manakala dua lagi dikatakan menyertai festival makanan.

Leave a Reply