Kalimah Allah: Guan Eng cuba mengelirukan komuniti Kristian - pakdin.my

MAT-Sabu-LIM-Guan-Eng

Jaminan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bahawa tiada larangan dikenakan terhadap masyarakat bukan Islam di negeri itu daripada menggunakan kalimah “Allah”, bakas mencetus kontroversi baru berhubung penggunaan kalimah itu.

Agak pelik, DAP menentang pelaksanaan hukum Hudud yang hendak dilaksanakan sekutu mereka dalam pembangkang iaitu PAS tetapi DAP terus memperalatkan kalimah ‘Allah’ untuk meraih sokongan politik kaum lain.

Apatah lagi kenyataan Setiausaha Agung DAP itu hanya beberapa minggu sebelum sambutan Krismas.

Guan Eng memberi alasan, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri 2004, yang dilampirkan padanya satu fatwa berhubung perkara itu pada 2010, tidak terpakai kepada orang bukan Islam.

“Masyarakat bukan Islam tidak tertakluk di bawah undang-undang Islam,” kata Lim pada sidang media di pejabatnya di Komtar, Jumaat.

“Enakmen itu hanya digunapakai oleh masyarakat Islam, tidak oleh bukan Islam. Jadi, tiada isu timbul,” katanya mengulas gesaan Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA Datuk Seri Ti Lian Ker agar Pulau Pinang membatalkan larangan itu.

“Kita tidak meluluskan mana-mana undang yang membenarkan larangan itu terpakai kepada masyarakat bukan Islam,” kata Guan Eng..

Beliau berkata, penasihat undang-undang negeri juga mengesahkan enakmen tersebut tidak terpakai terhadap masyarakat bukan Islam.

Dalam satu fatwa di bawah Seksyen 48 enakmen itu bertarikh 7 Januari 2010, mufti Pulau Pinang ketika itu Datuk Hassan Ahmad mengisytiharkan 40 perkataan, termasuk “Allah”, ialah khusus untuk Islam dan orang Islam sahaja.

Katanya, sementara satu pengisytiharan boleh dibuat, sama ada ia boleh dikuatkuasakan atau tidak ialah perkara berbeza.

Ti yang juga ahli jawatankuasa pusat MCA semalam berkata, Pulau Pinang sepatutnya memulakan langkah dan tidak berterusan mengelirukan rakyat, khususnya komuniti Kristian, mengatakan larangan terhadap penggunaan kalimah ‘Allah’ ialah kesalahan Barisan Nasional.

Beliau berkata Guan Eng dan DAP sering menyalahkan Putrajaya, mendakwa yang kegagalan kerajaan pusat dan perdana menteri untuk bertindak menjadi punca kebuntuan dan pertelingkahan undang-undang berhubung kegunaan kalimah Allah.

“Lim sepatutnya sudah sedar sekarang yang enakmen negeri, termasuk di Selangor dan Pulau Pinang yang dikuasai Pakatan Rakyat, (PR) yang melarang menggunakan kalimah Allah,” katanya.

Apapun, kenyataan Guan Eng sudah mula membangkitkan kemarahan sesetengah pihak dan UMNO Bukit Mertajam dijangka membuat laporan polis terhadap Ketua Menteri itu ekoran kenyataan beliau semalam.

Setakat in, PAS masih membisu sama ada bersetuju dengan tindakan DAP itu.

UTAMAGAYA HIDUPAGAMAKalimah Allah: Guan Eng cuba mengelirukan komuniti Kristian

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium