Kalimah Allah : Hadi Perlu Tarik Balik Perjanjian 8 Januari

hadi awang 8-1-2013Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu menarik balik perjanjian yang telah dibuat bersama parti komponen Pakatan Rakyat (PR) pada 8 Januari berhubung isu penggunaan kalimah ALLAH di dalam Bible Bahasa Melayu.

Pensyarah Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Shamsul Adabi Mamat berkata, perkara itu sepatutnya dilakukan Abdul Hadi selepas dapat kata sepakat dalam Majlis Syura Ulama yang bermesyuarat pada 13 Januari.

“Perkara ini sepatutnya dilakukan kerana Pas perlu berpegang dengan prinsip asal mereka. Apabila sedar lakukan kesilapan, Pas betulkan perkara itu, hal ini sangat baik.

“Jika mereka sedar berada di dalam PR juga satu kesilapan, maka mereka perlu keluar dari pakatan itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Sebelum ini, pada 8 Januari lalu Majlis Pimpinan PR telah mencapai kata sepakat mengulangi penegasan semula yang pernah dibuat pada 4 Januari 2010 bahawa penggunaan kalimah ALLAH boleh digunakan penganut Kristian dengan syarat ia tidak disalahgunakan.

Keputusan itu diumumkan selepas mesyuarat pemimpin tertinggi PR yang dihadiri Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sementara itu, Pakar Geo Strategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Azmi Hassan mengingatkan Pas bahawa mempertahankan Islam lebih penting daripada pertahankan pakatan politik.

“Hadi kini telah langgar perjanjian 8 Januari dibuat. Walaupun ia perkara tidak baik dalam pakatan politik, ia baik untuk perjuangan Islam dan pertingkat sokongan pengundi terhadap Pas,” katanya

Kalimah Allah : PAS Tidak Akan Bawa Semula Kepada Mesyuarat Pakatan

Leave a Reply