Kamaruddin dan Muhammad Muhd Taib pilih PKR bukan Parti Pekerja - pakdin.my

Tan Sri Muhammad Muhd Taib memilih PKR kerana calon bagi Parlimen Hulu Selangor adalah kuota PKR

muhammad-muhd-taib

Ahli Parlimen PAS Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar dan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail membuat pengumuman itu pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Jumaat.

“PKR meraikan serta membuka pintu seluas-luasnya kepada sesiapa sahaja yang komited dengan agenda reformasi demi menyelamatkan Malaysia,” katanya.

Kamaruddin akan diberi peranan sebagai Pengarah Politik dan Dasar bagi memberi input kepada Presiden dan Timbalan Presiden selain memperkukuhkan Pejabat Ketua Umum parti.

“Sebelum menceburkan diri dalam politik, Kamaruddin pernah menjadi Setiausaha Agung Abim (Angkatan Belia Islam Malaysia).

“Justeru itu, beliau juga akan berperanan memperkukuhkan rangkaian dengan (pertubuhan bukan kerajaan) NGO Islam untuk membawa perubahan dalam negara dan jaringan bersama negara-negara Islam dan serantau,” katanya.

Muhammad, bekas Naib Presiden UMNO tidak ditawarkan sebarang jawatan.

Kamaruddin yang sebelum ini digembar-gemburkan akan menyertai Parti Pekerja juga difahamkan telah menemui Menteri Besar Kelantan merangkap Pesuruhjaya Pas Negeri Kelantan berhubung isu Baiah dan Ta’liq.

UTAMAEDITORIAL1MDBKamaruddin dan Muhammad Muhd Taib pilih PKR bukan Parti Pekerja

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium