“Kambing Hitam” Mahathir Di Jatuhkan Hukuman Di Bawah BAFIA Akibat Mengikut Arahan Mahathir Beri Kelulusan Pinjaman Kepada Syarikat Kroni Milik Repco Low

1. Akhirnya Datuk Ismail Zakaria bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sime Bank era Mahathir didapati bersalah atas empat pertuduhan di bawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (Bafia) 1989 dan Mahkamah Tinggi 19 Ogos menjatuhkan hukuman denda RM600,000.

2. Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ab Karim Ab Rahman, berkata hukuman denda itu adalah selepas mengambil kira keadaan fizikal dan mental responden (Ismail) yang kurang memuaskan selepas menghidapi penyakit angin ahmar. Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM150,000 atau 10 bulan penjara bagi setiap pertuduhan terhadap Ismail yang hadir berkerusi roda di mahkamah.

3. Mahkamah membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan hakim Mahkamah Sesyen yang melepas dan membebaskan Ismail daripada empat pertuduhan itu.

4. Pada 12 September 2011, Ismail dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen daripada empat pertuduhan bertindak di luar bidang kuasanya meluluskan pinjaman berjumlah RM175 juta kepada syarikat Everise Capital Sdn Bhd anak syarikat Repco Capital milik proksi Mahathir, Low Thiam Hock antara 20 September 1997, dan 21 Oktober 1997. ( Pinjaman berperingkat RM59 juta, RM50 juta, RM40 juta dan RM26 juta)

5. Pertuduhan mengikut Seksyen 65(1) Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA) 1989, dan boleh dihukum mengikut Seksyen 103(1)(a) akta sama, yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda maksimum RM5 juta, atau kedua-duanya.

6. Ismail Zakaria meletakkan jawatannya selepas Sime Bank yang merupakan antara empat bank terkemuka negara pada ketika itu mencatatkan kerugian RM1.81 bilion sebelum cukai bagi tempoh enam bulan berakhir 31 Disember 1997.

7. Kerugian itu disebabkan pemberian beberapa pinjaman saham bernilai ratusan juta ringgit dan ekoran itu memerlukan suntikan modal lebih RM1.2 bilion untuk membolehkannya terus beroperasi.

8. Kerugian bank tersebut dilaporkan selepas satu tahun diambil alih oleh Sime Darby Bhd. Bank berkenaan sebelum ini dikenali sebagai United Malayan Banking Corporation (UMBC).

9. Ismail pernah menjawat Ketua Eksekutif RHB DCB Bank dan Pengerusi Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM) sebelum berkhidmat di Sime Bank, malah turut pernah disebut-sebut dilantik sebagai Gabenor Bank Negara.

10. Itulah kuasa magik Mahathir. Wahyu Mahathir yang berkuasa ketika itu. Siapa berani tidak meluluskan arahan Mahathir untuk memberi pinjaman kepada syarikat taikun atau proksi Mahathir? Beranikah Datuk Ismail Zakaria tidak meluluskan pinjam
syarikat milik Repco Low RM175 juta itu jika ia arahan?

11. Itulah Mahathir, kroni dan proksi kaya raya, ambil komisen berjuta dari
penjualan bank UMBC kepada Sime Darby Berhad, luluskan pinjaman bank tapi pegawai yang meluluskan dana bank jadi “Kambing Hitam”. Hebat! bravo!

REPCO LOW ATAU LOW THIAM HOCK ORANG KUAT MAHATHIR.

12. Siapa Repco Low? Pengerusi Eksekutif Repco Holdings Bhd. (Repco), Low Thiam Hock didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Januari 2016 atas pertuduhan mewujudkan kekeliruan terhadap harga saham syarikat itu di Bursa Malaysia, hampir 19 tahun lalu.

13. Repco Low atau Thiam Hock didakwa atas pertuduhan mengarahkan seorang wakil Sime Securities Sdn. Bhd. membeli saham Repco Holdings dengan menyerap apa-apa harga tawaran saham itu yang ditawarkan oleh penjual saham di Bursa Saham Kuala Lumpur. Perbuatan itu dikira boleh menimbulkan kekeliruan berhubung harga saham Repco di pasaran.

14. Repco Low didakwa melakukan perbuatan itu di Sime Securities, Tingkat 21, Bangunan Sime Bank, Jalan Sultan Sulaiman antara pukul 11 pagi dan 5 petang, 3 Disember 1997. Sime Bank kerugian RM1.81 bilion sebelum cukai bagi tempoh enam bulan berakhir 31 Disember 1997.

15. Bayangkan ini – Repco diniagakan pada harga RM5 sesaham pada tahun 1996, kemudiannya dimanipulasi sehingga mencecah RM140 sesaham setahun kemudian dan pada tahun 1998, ianya menjunam kepada RM2.98 sesaham. Kaunternya kemudian digantung pada tahun 2000 dan dinyahsenarai 3 tahun kemudian – yang menyebabkan beribu kehilangan wang mereka.
16. Satu ketika surat Tun Mahathir ketika menjadi PM bertarikh 18 Oktober 2000 kepada Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti berhubung penglibatannya dengan Repco Low berhubung memanipulasi pasaran saham. Ia subahat yang licik. Akhirnya Repco Low juga ke dalam.

17. Mahathir sokong Repco Low, Repco Low pinjam dengan Sime Bank, Mahathir arah CEO Sime Bank beri kelulusan! Akhirnya Repco Low dan Datuk Ismail Zakaria masuk ke dalam juga

18. Mahathir? masih menikmati saat indah melihat anaknya Tersenarai sebagai ke 28 terkaya di Malaysia. Mukhriz Mahathir pemilik Opcom Holding Berhad yang dapat projek kabel fiber optik zaman Mahathir menerima projek Rundingan Terus Bernilai RM214.2 juta sejak tahun 2003.

19. Malah pada 22 Julai 2016 sehari selepas Saman Sivil Jabatan Kehakiman AS terhadap beberapa individu yang dikaitkan dengan IMDB sehingga kepada pembekuan Aset dibawah Kleptocracy Asset Recovery Initiative, Bursa Saham mengumumkan Dato’ Seri Mukhriz Mahathir menambahkan kepentingannya di Opcom Holding Berhad melalui Syarikat KAF Nominees Sdn Bhd dan EB Nominess Sdn Bhd penambahan 29%. Mukhriz kata rakyat saja miskin tapi dia kaya!

Itulah Mahathir!…dia tetap dengan kepentingannya. Siapa Next?

Jeneral M

23 Replies to ““Kambing Hitam” Mahathir Di Jatuhkan Hukuman Di Bawah BAFIA Akibat Mengikut Arahan Mahathir Beri Kelulusan Pinjaman Kepada Syarikat Kroni Milik Repco Low

Leave a Reply