Kanak-Kanak Dua Tahun Rentung Dalam Kebakaran Di Cheruk Tok Kun (video) - pakdin.my

kebakaran-cheruk-tok-kun-kanak2-2tahun-rentung

Seorang kanak-kanak perempuan dua tahun, rentung selepas terperangkap dalam kebakaran dirumahnya di Cheruk Tok Kun, Pulau Pinang.

Kejadian berlaku jam 11 pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Nurul Adryana Lateesya Mohammad Asyri.

Mayat mangsa ditemui rentung dalam sebuah bilik di tingkat bawah rumah papan dua tingkat.

Nenek dan abang mangsa yang ketika kejadian turut berada dalam rumah sempat menyelamatkan diri.

Jenazah allahyarham Nurul Adryana selamat dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Cheruk Tok Kun selepas solat Asar petang tadi.

Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

 

UTAMABERITAKanak-Kanak Dua Tahun Rentung Dalam Kebakaran Di Cheruk Tok Kun (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium