Kanak-Kanak Lelaki Dua Tahun Mati Dipercayai Didera Teman Lelaki Ibu - pakdin.my

Kelihatan beberapa anggota keluarga melihat jenazah Muhammad Faiz Iqhmal Iskandar yang berusia 2 tahun meninggal dunia dipercayai didera oleh teman lelaki ibunya ketika ditemui di rumah mayat Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Isnin. Muhammad Faiz Iqhmal meninggal dunia pada kira-kira 3.30 petang tadi ketika mendapat rawatan di sebuah klinik. Mangsa dipercayai ada unsur penderaan berdasarkan kesan lebam pada muka dan kecederaan pada testis
Kelihatan beberapa anggota keluarga melihat jenazah Muhammad Faiz Iqhmal Iskandar yang berusia 2 tahun meninggal dunia dipercayai didera oleh teman lelaki ibunya ketika ditemui di rumah mayat Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Isnin. Muhammad Faiz Iqhmal meninggal dunia pada kira-kira 3.30 petang tadi ketika mendapat rawatan di sebuah klinik. Mangsa dipercayai ada unsur penderaan berdasarkan kesan lebam pada muka dan kecederaan pada testis

ALOR SETAR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun meninggal dunia dipercayai akibat didera teman lelaki ibunya di sebuah rumah di Kampung Berjaya di sini, Isnin.

Mangsa, Muhammad Faiz Iqhmal Iskandar meninggal dunia pada kira-kira 3.30 petang ketika mendapat rawatan di sebuah klinik. Dipercayai ada unsur penderaan berdasarkan kesan lebam pada muka dan kecederaan pada testis.

Nenek mangsa, Padzilah Ismail, 46, berkata dia menerima panggilan daripada anaknya, Norhafiza Osman, 25, yang memaklumkan mangsa terjatuh tangga dan dibawa ke klinik berhampiran.

Padzilah berkata dia percaya cucu pertamanya itu meninggal dunia bukan disebabkan jatuh tangga tetapi didera teman lelaki anak perempuannya yang tidak bekerja.

“Dua hari lepas, cucu saya ada telefon ibu saudaranya dan beritahu dia sering dipukul. Dia juga cakap nak balik rumah saya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumah mayat Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Isnin.

Padzilah juga berkata dia menjaga kanak-kanak itu sejak lahir lagi, dan ibubapa mangsa berpisah ketika mangsa berusia lima bulan.

Muhammad Faiz Iqhmal Iskandar 2Difahamkan ibu mangsa mengambil anaknya seminggu atau dua minggu sekalisejak beberapa bulan lepas.

Ibu saudara mangsa, Norhanisha, 23, berkata dia dan ibu Muhammad Faiz, yang bekerja di sebuah kedai makan, pernah membuat laporan polis berhubung kes kanak-kanak itu didera teman lelaki ibu mangsa Ogos lepas setelah melihat kesan lebam, gigitan dan calar pada anggota badan kanak-kanak malang itu.

Jenazah Muhammad Faiz dihantar ke HSB untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Masjid Akar Peluru di sini lewat malam ini.

Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kota Setar DSP V.Saravananketika dihubungi berkata pihaknya menunggu hasil keputusan bedah siasat, danjika terdapat unsur dera, lelaki terbabit akan ditahan untuk siasatan lanjut.

Muhammad Faiz Iqhmal Iskandar 3

UTAMABERITAKanak-Kanak Lelaki Dua Tahun Mati Dipercayai Didera Teman Lelaki Ibu

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium