Kelopak Elitis Kuasai PPBM, Macai & Kuli Diterajang Keluar

Pada 9 Ogos 2016, Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin selepas mendaftarkan parti serpihan itu dilaporkan  berkata –

“Matlamat kami adalah kerajaan berintegriti yang bersih dan telus. Tujuannya mewujudkan Malaysia yang adil.”

Itu hanya sekadar kata-kata indah selepas pihak mereka baru sahaja menerima kelulusan ROS. Namun selepas 8 bulan berikutnya, kita sendiri dapat saksikan sedikit demi sedikit dan secara berperingkat para pengasas parti itu mula meninggalkan ‘Bunga Raya’ berkenaan. Integriti hanya tinggal slogan sahajalah.

Bermula di Baling, kemudian di Rembau, menular ke Pendang, bergolak di Kerteh, bergasak di Pandan dan semalam di Teluk Kemang. Satu persatu kelopak macai dan kuli yang ada dalam parti bunga mulai protes.

Mereka merasakan elitis menguasai parti bunga. Menerajang dan menyepak mereka ke tepi bila agihan jawatan mula dibuat. Hanya elitis yang rapat dengan Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz (3M) sahaja layak dikawan.

Mana tidaknya, geng bawahan merasakan ianya bagaikan “di luar bagai madu, di dalam bagai empedu”. Kewujudan PPBM hanyalah sekadar mahu menjulang satu agenda peribadi semata-mata iaitu mengangkat Mukhriz Mahathir sebagai Perdana Menteri (agenda utama Mahathir Mohamad).

Manakala elitis yang lain pula memasang agenda untuk merebut jawatan yang mereka tidak kesampaian peroleh semasa dalam Umno dahulu.

Sebab itulah realiti yang berlaku dalam PPBM amat tidak mencerminkan apa yang mereka cuba perjuangkan dan yang mereka cuba canang kepada rakyat. PPBM sekadar sebuah platform untuk memberi tempat kepada golongan elitis untuk berkuasa sahaja.

Lihat sendiri bagaimana para elitis dan geng “penghisap 3M” sahaja yang boleh memegang jawatan tinggi tidak kira di peringkat mana sekali pun. Bagi macai yang kononnya mahu berjuang ini bagaimana?

Mereka sekadar jadi macai sahajalah. Jawatan apa pun tidak layak kepada mereka. Macai sampai ke tualah. Telan air liur sahajalah mereka. Hirup kuah sahajalah. Geng elitis kenyang makan daging dan isi.

Akhirnya kita dapat lihat golongan bertaraf ‘macai’ dan kuli yang tidak mahu iktiraf golongan elitis ini sedikit demi sedikit akan diterajang keluar secara halus dari parti. Bagi ‘macai’ dan kuli yang menyokong pula akan dipergunakan bulat-bulat agar agenda peribadi Mahathir tercapai.

Semalam “cikgu Kamarul” sudah keluar dari parti bunga. Semalam juga dia diserang kononnya isterinya diugut dan sebagainya. Itulah sahaja yang geng elitis boleh tuduh bila sepak keluar Cikgu Kamarul.

Hanya kelopak elitis kekal dalam bunga. Lain lain kelopak yang bertaraf macai, orang bawahan dan kuli perlahan lahan akan diterajang keluar dari parti bunga.

Mahathir tidak peduli pun apa hendak jadi pada mereka. Mahathir hanya kisah satu benda sahaja, iaitu jadikan anaknya sebagai PM.

Untuk capai matlamat itu Mahathir sudah sanggup kawan dengan DAP dan sanggup kawan dengan peliwat bernama Anwar. Apalah sangat kalau hanya macai dan kuli yang keluar parti. Mahathir tidak pandang pun, Mahathir hanya buka mata pada elitis sahaja.

2 Responses

Leave a Reply