Keluarga Redha Dengan Kehilangan Hanisah Muhd Shah Mangsa Kemalangan di Russia - pakdin.my


Susulan kemalangan yang mengorbankan dua pelajar dan mencederakan lima pelajar Malaysia di wilayah Nizhny, Russia.

Bagi keluarga seorang daripada mangsa, Allahyarham Hanisah Muhd Shah, mereka redha dengan kehilangan anak bongsu mereka.

Cuma Allahyarham ada berkelakuan pelik ketika pulang bercuti baru-baru ini termasuk meminta makanan yang sebelum ini kurang digemari.

Bagi pasangan suami-isteri, Muhd Shah Salleh dan Rokayah Mohd, mereka bagaikan sudah menduga sesuatu yang buruk akan berlaku terhadap anak mereka.

Sepanjang dua bulan bercuti di rumahnya di Kampung Gong Pasir, Dungun, anaknya berkelakuan agak pelik dari biasa.

MUHD SHAH SALLEH / BAPA ALLAHYARHAM

“Bila balik ni dia suka makan lah, dia pun dah lama duk sana, jadi dia pun mengarut lah makan. Pergi kedai, jadi kena layan dia lah, apa saja dia nak tu kita ikut je. Dia suka makan macam paru, ketam”.

Impian Allahyarham untuk menjaga kedua ibu-bapanya dengan bekerja di Dungun selepas tamat pengajian dua tahun lagi, tidak kesampaian.

Allahyarham adalah pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia, SPM Maktab Rendah Sains Mara Kuala Terengganu dan mengambil pengajian perubatan di universiti Russia sejak tahun 2008.

Selain Hanisah, kemalangan turut meragut nyawa rakannya, Adzreen Dimyati, pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam dari Putrajaya.

Lima rakannya yang lain cedera selepas bas mini yang mereka naiki dari Lapangan Terbang Moscow ke Vladimirskaya bertembung dengan sebuah bas.

Jenazah mangsa sudah dituntut pihak kedutaan untuk dibawa ke kedutaan Malaysia di Moscow sebelum diterbangkan ke tanah air.

UTAMABERITAKeluarga Redha Dengan Kehilangan Hanisah Muhd Shah Mangsa Kemalangan di Russia

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium