Kemalangan di KM 404.7 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara Seorang Maut Tiga Parah - pakdin.my

Seorang maut manakala tiga lagi parah setelah mereka tercampak keluar apabila kereta yang dinaikki terbabas, dan terbalik beberapa kali di Hulu Selangor, pagi tadi.

Mangsa yang maut tercampak sehingga 25 meter ke laluan bertentangan lebuhraya.

Kemalangan ngeri ini berlaku kira-kira 7.45 pagi, di KM 404.7 Lebuhraya Utara Selatan arah Kuala Lumpur, selepas susur Tanjung Malim.

Kereta Proton Wira Aeroback ini, dinaikki empat orang dari sebuah syarikat pemasangan perancah tapak pembinaan.

Tiga dari mereka pekerja warga Myanmar.

Mereka dalam perjalanan pulang ke Subang, setelah bercuti di Pulau Pinang.

Kereta ini dipercayai dipandu laju menyebabkan ia hilang kawalan sebelum merempuh besi pembahagi lebuhraya.

Ia juga terbalik beberapa kali.

Rempuhan kuat menyebabkan enjin dan tayar kereta ini, tertanggal.

Keempat-empat mangsa di dalam kereta, termasuk pemandu, tercampak keluar.

Tiga dari mereka dihantar ke Hospital Slim River, untuk rawatan lanjut.

Identiti mangsa yang maut, belum dikenal-pasti.

UTAMABERITAKemalangan di KM 404.7 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara Seorang Maut Tiga...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium