Kemelut Pakatan Pembangkang: PAS Pulau Pinang saman kerajaan negeri

pas saman pulau pinang

Krisis PAS dan DAP semakin meruncing apabila DAP berani mengambil tindakan-tindakan yang dilihat melampaui batas.

Ia termasuklah memecat wakil parti PAS Pulau Pinang dalam kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan.

Sehubungan itu, wakil parti PAS akan menyaman kerajaan negeri Pulau Pinang yang didakwa dilakukan tanpa mengikut prosedur.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Fauzi Mohd Yusof berkata, pihaknya sudah mengeluarkan arahan kepada peguam untuk memfailkan saman itu.

“Kami tak ada masalah kalau pemecatan dilakukan mengikut prosedur operasi standard, tetapi mereka ini suka hati pecat wakil kami tanpa kemukakan sebarang alasan. Mereka baru mentadbir negeri ini dua penggal tetapi sudah kecoh.

“Ini menunjukkan yang DAP Pulau Pinang sebenarnya gagal menjadi pentadbir yang baik. Jangan ambil mudah dengan PAS kerana kami pun orang politik juga. Jangan ingat mereka boleh buat sesuka hati, apa-apa pun mereka kena fikur dulu risikonya,” katanya.

Sehingga kini, dua orang wakil PAS dalam majlis perbandaran dipecat DAP susulan usul memutuskan hubungan dengan DAP diterima sebulat suara tanpa bahas pada Muktamar Tahunan ke-61 PAS, baru-baru ini.

Timbalan pesuruhjaya PAS negeri juga turut dipecat daripada bertugas di pejabat ketua menteri pada 12 Jun lalu.

Leave a Reply