Kemelut Politik Sabah, PKR Mula Gelabah - pakdin.my

PKR dilihat mula gelabah dengan tindakan keluar parti beberapa pemimpin kanan PKR di Sabah sehingga terpaksa mengambil langkah drastik untuk menangani kemelut dalaman parti di negeri itu.

pkr retakMenurut Ahli Parlimen Kapar PKR, G Manivannan, parti terpaksa menghantar pemimpin utama ke Sabah bagi memulihkan keadaan yang sedang dihadapi PKR Sabah dan membayangkan suatu yang lebih besar sedang berlaku di sana.

“Kita ada gambaran yang lebih besar tentang apa yang berlaku di sana (Sabah).

“Buat masa sekarang, PKR sedang melaksanakan langkah bagi menjernihkan keadaan di sana,” katanya ketika mengulas pergolakan politik melibatkan PKR yang sedang berlaku di Sabah ketika ini.

Sebelum ini, PKR Sabah dilaporkan akan melaksanakan proses penambahbaikan organisasi parti dalam masa terdekat untuk memantapkan saf kepimpinan serta memastikan agenda reformasi terus menjadi teras perjuangan menegakkan keadilan di bumi di bawah bayu itu.

Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, langkah tersebut dibuat susulan daripada keputusan Pengerusi Perhubungan PKR Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin serta beberapa pimpinan PKR Sabah lain meninggalkan parti itu.

Namun, beliau yakin kemelut di Sabah dapat diselesaikan.

“Situasi PKR di Sabah perlu dipandang secara spesifik dan bukan merupakan pandangan umum yang berlaku dalam PKR secara menyeluruh.

“Meskipun telah berlaku beberapa peristiwa sejak kebelakangan ini, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mampu tanganinya,” katanya lagi.

Beliau dalam pada itu turut menyifatkan tindakan keluar parti oleh beberapa pemimpin terdahulu merupakan batu loncatan kepada PKR untuk memperkukuh parti itu.

UTAMAPOLITIKKemelut Politik Sabah, PKR Mula Gelabah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium