Kemenangan BN Di Parlimen Machang Kekal (video)

Dismisses PKR Petition Over Machang BN Victory

Mahkamah pilihan raya hari ini menolak petisyen yang difailkan Parti Keadilan Rakyat berhubung kerusi Parlimen Machang, sekaligus mengekalkan kemenangan Barisan Nasional, ke atas kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim membuat keputusan itu selepas mendengar hujah kedua-dua pihak – selain mendapati petisyen yang dibuat gagal mematuhi peraturan penyampaian.

Dalam PRU 5 Mei lalu, calon BN, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub menewaskan calon PKR, Wan Zawawi Wan Ismail dengan majoriti 805 undi.

Rabu lalu – mahkamah sama turut menolak petisyen yang difailkan PAS untuk membatalkan keputusan Pilihan Raya DUN Selising.

Sekaligus mengekalkan wakil BN, Zulkifle Ali sebagai ADUN Selising selepas menewaskan calon PAS, Saipul Bahrim Mohamad dan calon bebas, Ibrahim Ismail, dengan majoriti 107 undi.

Tiga lagi petisyen membabitkan kerusi di Kelantan masih menunggu perbicaraan.

Bagi Parlimen Bachok, 12 hingga 15 Ogos ditetapkan sebagai tarikh sebutan kes, 18 hingga 22 Ogos bagi DUN Jelawat dan 1 hingga 5 September bagi DUN Gaal.

 

Leave a Reply