Kementerian Perlu Siasat Ugutan Guru Tanggal Tudung - pakdin.my

guru wanita di arah buka tudung ..

Pergerakan Pemuda Umno Johor menggesa Kementerian Pendidikan menyiasat tindakan seorang jemaah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Nan Ya Telok Sengat di Kota Tinggi, Johor yang mengarahkan seorang guru beragama Islam menanggalkan tudung ketika mengajar.

Ketuanya, Hahasrin Hasim berkata, Pemuda Umno Johor juga selain itu menuntut Kementerian Pendidikan menyiasat mengenai ugutan yang dikenakan terhadap guru itu jika dia mengingkari arahan berkenaan.

Menurutnya, pihaknya kesal dengan tindakan guru tersebut yang berdiam diri walaupun berdepan dengan tindakan terkutuk yang dilakukan jemaah sekolah berkenaan.

“Kami berpendapat bahawa hak seseorang penganut Islam untuk mengamalkan ajaran Islam di negara ini telah dicabul selain menunjukkan bahawa pihak berkenaan tidak lagi menghormati Islam.

“Tindakan itu telah membangkitkan kemarahan masyarakat di negeri ini dan berikutan itu Pemuda Umno mahu Kementerian Pendidikan menjalankan siasatan segera sebelum mengambil tindakan tegas yang setimpal dengan peruntukan undang-undang yang ada,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Tambahnya, Pemuda Umno Johor menolak kes tersebut diselesaikan dengan permohonan maaf kerana kerana ia melibatkan agama, selain pihak Kementerian Pendidikan mengambil tindakan tegas terhadap pesalah.

Hahasrin berkata, pihaknya juga mencabar PAS yang kononya memperjuangkan Islam untuk tampil memperjuangkan isu tersebut daripada terus mendiamkan diri dan menjadi mangsa kerakusan DAP.

“Pemuda Umno Johor juga ingin menyeru kepada semua pemimpin politik termasuk daripada pembangkang untuk mencontohi ketegasan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam menjaga kesucian Islam di negeri itu.

“Keberkesanan pentadbiran Islam di Johor terbukti apabila Mohamed Khaled menukar kembali cuti minggu daripada hari Ahad kepada hari Jumaat bermula tahun ini,” katanya.

Menurutnya, pihaknya juga menyeru seluruh rakyat supaya sentiasa menjaga keharmonian antara agama dan kaum yang telah wujud sejak dahulu kerana ia merupakan resipi kepada kejayaan yang dikecapi negara pada hari ini.

UTAMAGAYA HIDUPAGAMAKementerian Perlu Siasat Ugutan Guru Tanggal Tudung

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium