Kemukakan Bukti Jika Benar Ada Pengundi Tidak Sah: SPR - pakdin.my

Suruhanjaya Pilihanraya

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Khamis meminta mereka yang mendakwa wujud pengundi bukan rakyat Malaysia yang sah dalam daftar pemilih terutama di Sabah, agar mengemukakan bukti.

Timbalan Pengerusinya Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata ini kerana dakwaan tanpa bukti seolah-olah mempersendakan pengiktirafan kewarganegaraan seseorang yang dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Negara.

“Kalau ada yang syak wasangka, jangan terus buat andaian yang bukan-bukan. Saya minta mereka tampil tunjukkan bukti,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Pejabat Pilihan Raya Sabah, di sini.

Kenyataan beliau itu susulan isu pengundi hantu dan penduduk yang mempunyai MyKad tidak sah, yang dibangkitkan dalam perjumpaan tersebut.

Wan Ahmad berkata SPR juga melantik pembantu pendaftar (PP) daripada kalangan parti politik.

Bagaimanapun katanya, terdapat borang pendaftaran yang dihantar PP berkenaan terpaksa ditolak kerana terdapat pendaftaran rakyat yang sudah sah menjadi pemilih, bertaraf penduduk tetap dan rakyat yang belum mencapai usia 21 tahun.

Wan Ahmad berkata setakat Mei lepas, seramai 864,941 rakyat Sabah didaftarkan sebagai pemilih daripada 1,169,884 yang layak.

Kenyataan Perlu Disertakan Bukti

Daftar pemilih Suruhanjaya Pilihanraya, SPR, bersih daripada senarai pengundi yang tidak sah, seperti rakyat asing dan pemilik kad pengenalan meragukan.

Sehubungan itu tuduhan dan dakwaan kononnya daftar pemilih sekarang dicemari pengundi hantu adalah tidak benar dan hanya berniat jahat.

Dan mereka yang membuat dakwaan itu, sila bawa bukti kepada SPR agar semakan dapat dibuat kepada Jabatan Pendaftaran Negara, JPN.

DATUK WAN AHMAD WAN OMAR / TIMBALAN PENGERUSI SPR.
Jadi kalau sekadar buat kenyataan mempertikaikan daftar pemilih kita untuk tujuan mengelirukan orang ramai dan sebagainya, atas tujuan politik misalnya, janganlah mengaitkan dengan kredibiliti SPR, sebab kita tidak mengambil perkara ni secara remeh, kita pandang serius dalam urusan mendaftar rakyat yang berhak saja iaitu warganegara yang sah saja yang kita daftarkan di dalam daftar pemilih kita ini.

Beliau berkata demikian kepada TV3 di Kota Kinabalu.

Ia susulan, laporan media kononnya ada 6 ribu pengundi tidak sah dalam daftar pemilih bagi parlimen Putatan, dekat Kota Kinabalu.

Untuk rekod sehingga Mei lalu, seramai 864,941 rakyat Sabah didaftarkan sebagai pemilih.

Katanya, jika ada cubaan rakyat asing untuk mendaftar sebagai pemilih baru, ia mustahil dilakukan kerana proses penapisan SPR amat ketat.

Sebelum ini ada cubaan pihak tertentu mendaftar pemilih tidak sah, namun dapat dikesan oleh sistem komputer SPR dan JPN.

UTAMABERITAKemukakan Bukti Jika Benar Ada Pengundi Tidak Sah: SPR

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium