Kenaikan Kadar Tol Bakal Ambil Kira Penerimaan Pengguna - pakdin.my

Kenaikan Kadar Tol Bakal Ambil Kira Penerimaan Pengguna

Kadar tol dan kenaikan yang dikenakan dalam perjanjian konsesi, akan mengambil kira penerimaan rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar mengesahkan kerajaan akan memastikan satu kajian menyeluruh dilaksana pemegang konsesi, sebelum sebarang kadar tol ditetapkan kepada pengguna.

Beliau ditemui selepas perbincangan panel, sempena Program Transformasi Ekonomi, ETP yang masuk tahun ketiga.

Jelasnya, bagi sesebuah projek lebuh raya konsesi hanya satu jalan alternatif yang boleh digunakan.

Datuk Seri Wahid mengulas mengenai beberapa perjanjian konsesi tol yang dijadual menyemak semula kadar tol, bermula tahun depan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Fadilah Yusof berkata kepada Buletin Utama semalam, kenaikan kadar tol akan dibincangkan kabinet dan masih belum dimuktamadkan.

Syarikat Konsesi Tol Perlu Buat Kajian Daya Maju Pada Masa Depan: Wahid

PUTRAJAYA — Syarikat konsesi lebuh raya perlu menjalankan kajian daya maju dengan mengambil kira respons rakyat terhadap sebarang cadangan menaikkan kadar tol, kata Menteri Di Pejabat Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

Beliau berkata kerajaan akan menganalisis daya maju cadangan itu termasuk mengkaji jumlah trafik dan daya maju komersial serta kedudukan kewangan konsesi.

“Ini untuk memastikan kadar tol yang ditetapkan mampu dibayar oleh pengguna lebuh raya,” katanya kepada pemberita selepas perbincangan panel bertajuk “ETP Tiga Tahun Selepas Dilaksanakan” di sini Isnin.

Panel perbincangan termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam, dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Perbincangan mengenai cadangan menaikkan kadar tol tercetus berikutan kenyataan Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof bahawa kadar berkenaan akan disemak semula tahun depan sejajar dengan perjanjian antara kerajaan dan syarikat konsesi.

Sebuah akhbar melaporkan kadar tol bagi 13 lebuh raya dijangkakan naik antara 30 sen dan RM1.

Abdul Wahid berkata jalan raya bertol adalah efisien dan cepat untuk pemandu yang bersedia membayar tol.

“Kepada mereka yang beranggapan kadar tol terlalu tinggi pada masa depan, mereka mempunyai pilihan untuk tidak menggunakan laluan bertol tetapi menggunakan jalan raya dibina oleh kerajaan,” katanya.

Sementara itu, Abdul Wahid berkata pengendali lebuh raya PLUS Expressways Bhd mungkin melanjutkan tempoh konsesinya memandangkan ia mempunyai perjanjian dengan kerajaan untuk mengekalkan kadar tolnya sehingga 2015.

Pada Sabtu, Abdul Wahid berkata kadar tol sepatutnya sudah disemak semula pada 2011 selaras dengan kandungan dalam perjanjian konsesi, namun kadar itu dikekalkan, menyebabkan kerajaan terpaksa membayar RM400 juta duit pembayar cukai sebagai pampasan.

UTAMAKenaikan Kadar Tol Bakal Ambil Kira Penerimaan Pengguna

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium