KENAPA UMNO TARIK BALIK SAMAN FITNAH TERHADAP TIAN CHUA DAN MUSTAFA ALI? - pakdin.my

Mustafa Ali dan Tian Chua menyatakan kesal memfitnah UMNO dan impaknya sama seperti memohon maaf.
Mustafa Ali dan Tian Chua menyatakan kesal memfitnah UMNO dan impaknya sama seperti memohon maaf.

Langkah UMNO menarik balik saman fitnah terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua dan Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali bukanlah bermakna UMNO tidak serius terhadap pandangan rakyat atau tohmahan yang dibuat oleh pihak lawan.

Penasihat undang-undang UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun menjelaskan kepada UMNO-Online, Tian Chua dan peguamnya meminta untuk menyelesaikan kes itu di luar mahkamah dan sanggup untuk menarik balik kenyataan fitnah yang merujuk kepada UMNO.

Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen PKR Batu itu mengemukakan empat tawaran dalam usaha memohon UMNO menarik balik saman terhadapnya yang sekaligus membuktikan beliau sebenarnya sudahpun mengakui kesalahanya.

Empat tawaran Tian Chua itu ialah:

  1. Mengakui insiden terancang di Lahad Datu bukan konspirasi UMNO, ini bukan sandiwara UMNO untuk mengalih perhatian orang ramai tentang isu RCI (Suruhanjaya Siasatan Di Raja berkaitan dakwaan pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing). Apa jua yang ada kena mengena dengan UMNO;
  2. Menyatakan kekesalan kenyataan itu telah mengaitkan UMNO;
  3. Memohon untuk memastikan dia (Tian Chua) akan minta KeadilanDaily keluarkan keseluruhan artikel itu serta-merta;
  4. Tanpa apa-apa perintah kos iaitu kos yang UMNO perlu bayar atau sebaliknya dengan kos ditanggung sendiri.

“Selepas terma-terma tersebut diperhalusi dan dipersetujui maka YB Tian Chua menarik balik segala tuduhan yang mengaitkan UMNO yang bermakna beliau mengaku salah menyebut UMNO sebagai perancang kepada insiden Lahad Datu.

“Beliau juga menarik balik kenyataan bahawasanya UMNO cuba mengalih perhatian daripada isu Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) mengenai dakwaan pengeluaran kad pengenalan kepada warga aszing kepada isu tembakan di Lahad Datu,” jelas Mohd Hafarizam.

Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 51, juga menyatakan kekesalan, yang mana kesannya sama dengan memohon maaf, iaitu dia mengaku bahawa dia tidak sepatutnya berkata begitu.

“Di sini hanya penggunaan (perkataan) kesal dan mohon maaf yang berbeza tetapi kesannya adalah sama iaitu (Tian Chua mengaku) UMNO tidak terlibat dalam insiden tembakan di Lahad Datu dan ini bukan sandiwara UMNO untuk mengalih perhatian rakyat daripada RCI,” jelasnya lagi .

Sebelum itu, UMNO mempersoalkan kenapa Tian Chua perlu mengaitkan UMNO dalam insiden tembak menembak di Lahad Datu jika beliau sebenarnya tidak pasti UMNO terlibat, manakala isu RCI pula tidak ada kena mengena dengan insiden pencerobohan pengganas Sulu dari selatan Filipana itu.

“Walaupun kes saman malu ini (oleh UMNO) telah selesai, namun Tian Chua sedang hadapi satu lagi pertuduhan jenayah berbentuk hasutan kerana kenyataan yang sama yang dibuat ini dan beliau terpaksa menjawabnya di mahkamah nanti.

“Tidak semestinya dengan UMNO bersetuju menarik balik saman fitnah dan saman malu, maka pertuduhan jenayah yang sedang dihadapinya akan terlepas kerana ia tidak ada kaitan dengan pertuduhan yang sedang dihadapinya di mahkamah jenayah,” katanya merujuk kepada dakwaan jenayah yang sedang dihadapi Tian Chua ekoran ribuan laporan polis terhadapnya.

Tian Chua putar belit
Tian Chua putar belit

Merujuk kepada kes Mustafa Ali pula yang disaman ekoran menuduh UMNO terlibat dalam penyebaran video seks seorang indvidu yang didakwa menyerupai beliau serta menuduh sudah menjadi kebiasaan UMNO untuk menyebar fitnah, Mohd Hafarizam menjelaskan pihak terbabit turut mengemukakan tawaran.

“Beliau (Mustafa) yang hadir bersama dua defendan lain iaitu peguamnya dan Editor Harakah Daily, telah metawarkan kepada UMNO untuk menarik balik apa jua kenyataan yang merujuk kepada UMNO dan melahirkan kekesalan.

“Beliau juga (berjanji) akan keluarkan artikel itu dari Harakahdaily dengan (memohon) kes tersebut tiada perintah berkaitan kos,” Mohd Hafarizam menjelaskan tawaran Mustafa.

“Maka UMNO ambil sikap terbuka, sifat besar hati iaitu (kedua-dua defendan) akan menarik balik (tohmahan) demi menjaga nama dan maruah UMNO, maka kita setuju menyelesaikannya di luar mahkamah.” Mohd Hafarizam menerangkan

Menurut beliau, sehubungan itu sangkaan bahawa UMNO lebbut atau takut adalah tidak berasas kerana kalau pihak lawan berkeras tidak mahu berubah maka UMNO juga tidak akan beralah.

“Tetapi dalam kes terbabit pihak lawan meminta untuk ia diselesaikan di luar mahkamah dengan beberapa terma dan mengakui kesilapan,” katanya

UTAMAPOLITIKKENAPA UMNO TARIK BALIK SAMAN FITNAH TERHADAP TIAN CHUA DAN MUSTAFA ALI?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium