KENYATAAN BERKAITAN ADUAN SEORANG WANITA YANG MENDAKWA DICABUL DAN DIKASARI OLEH PEGAWAI POLIS - pakdin.my

Polis DiRaja Malaysia

PUSAT MEDIA IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN KUALA LUMPUR
Tel : 03-21460522 Ext: 586/587 / Faks : 03-21460589
Hotline : 03-21159999 / SMS POLIS KL : 32728
E-Mel : poliskl@rmp.gov.my

KENYATAAN BERKAITAN ADUAN SEORANG WANITA YANG MENDAKWA DICABUL DAN DIKASARI OLEH PEGAWAI POLIS

Merujuk sidang akhbar yang dibuat oleh YB Teresa Kok Ahli Parlimen Seputeh berhubung aduan oleh seorang wanita yang mendakwa dicabul dan dikasari oleh pegawai polis semasa dibawa ke balai polis Petaling, Brickfields, Kuala Lumpur.

Pada 24/03/2012 satu laporan polis telah dibuat oleh anggota polis yang bertugas dimana semasa membuat tugasan ronda cegah jenayah di kawasan Kuchai Park, Kuala Lumpur telah nampak sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan di hadapan Maybank Kuchai Park, Kuchai Lama, Kuala Lumpur pada jam lebih kurang 6.00 pagi.

Semasa anggota tersebut hendak membuat pemeriksaan ke atas kenderaan yang mencurigakan, pemandu kenderaan telah memecut laju melarikan diri dan meninggalkan kawasan tersebut sehingga ke sebuah kondominium berdekatan.

Sewaktu menjalankan tugas kedua-dua anggota polis tersebut berpakaian seragam lengkap dan menggunakan kenderaan van berlambang polis (balai bergerak) serta mempunyai lampu matarah (beacon light).

Pemandu kenderaan tersebut iaitu seorang perempuan berbangsa Cina telah ditahan dan diberi jamin polis pada sebelah pagi hari yang sama.

Semasa penahanan dibuat di balai polis, perempuan Cina berkenaan bertindak agresif dan memaki polis yang bertugas.

Kes ini disiasat dibawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Laporan polis juga dibuat oleh seorang perempuan Cina tersebut bertarikh 29/03/2012 iaitu (5) hari selepas kejadian berkenaan berlaku.

Laporan yang dibuat adalah rasa tidak puas hati terhadap cara penahanan dan tindakan polis terhadap beliau.

Kedua-dua laporan polis tersebut telah dibuka kertas siasatan dan disiasat secara berasingan.
Pihak polis sedang melengkapkan siasatan berkaitan kedua-dua aduan tersebut sebelum dirujuk ke Pejabat Peguam Negara.

( DATO’ MOHMAD BIN SALLEH )
DCP KETUA POLIS KUALA LUMPUR.
(Dikeluarkan Pada 03 April 2012)

UTAMABERITAKENYATAAN BERKAITAN ADUAN SEORANG WANITA YANG MENDAKWA DICABUL DAN DIKASARI OLEH PEGAWAI...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium