Keputusan flip flop petisyen White House memalukan - pakdin.my

PETISYEN-white-house

Memalukan..Mana mungkin Amerika Syarikat, (AS) pengasas dan pengerak sistem informasi teknologi dunia tersohor melakukan keputusan flip flop berhubung isu petisyen “FreeAnwar’ dan ‘Menghormati Kedaulatan Malaysia’ dari laman sesawang White House.

“Kesilapan IT yang dikendalikan oleh White House, pusat pentadbiran presiden Amerika Syarikat yang sepatutnya mempunyai sistem IT yang paling canggih dalam dunia telah melakukan kesilapan dan pengakuan itu dibuat adalah memalukan Amerika Syarikat,” kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek di lobi parlimen, Rabu.

Menurutnya, beliau kecewa dengan alasan kedutaan AS kerana kenyataan itu seolah-olah pengendali IT di White House tidak langsung mempunyai kredibiliti.

“Mereka mengaku kelemahan atau keburukkan sistem IT Rumah Putih sendiri, apabila hanya semalam petisyen menuntut campurtangan kerajaan AS ditolak.

“Hari ini kata ada kesilapan, bayangkan misalnya kes-kes ini berlaku di Malaysia, sudah pasti ia jadi tajuk dunia dan diketawakan,” katanya.

Sehubungan itu beliau bimbang pihak tertentu menggunakan kedutaan AS untuk melobi polisi sekaligus menjadikan petisyen White House itu sekadar alasan untuk campurtangan.

“Kes ini hanya jadi justifikasi untuk AS campur tangan dalam urusan negara,” kata Ahli Parlimen Kemaman itu sambil menambah kedutaan AS seharusnya mencari alasan yang lebih pintar untuk berbuat demikian malah perlu bertanggungjawap terhadap kes itu.

Semalam sesawang We The People mengeluarkan petisyen FreeAnwar yang menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mahu AS campur tangan tetapi diteruskan semula dengan jumlah petisyen meningkat 106.000.

Bebebarapa jam kemudian petisyen Menghormati Kedaulatan Malaysia yang sudah mencecah lebiih 72 ribu petisyen turut dikeluarkan dan apabila diterusan, lebih 60,000 petisyen ‘dihilangkan’.

UTAMABERITAKeputusan flip flop petisyen White House memalukan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium