Keputusan Mahkamah Berkaitan Petisyen PRU13 Boleh Dirayu Di Mahkamah Persekutuan - pakdin.my

spr sempadan

Pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan petisyen pilihan raya masih mempunyai ruang untuk merayu atau mencabar keputusan itu di Mahkamah Persekutuan.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata menurut Sekyen 36A Akta Kesalahan-Kesalahan Pilihan Raya 1954, rayuan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 14 hari dari tarikh penghakiman Mahkamah Tinggi.

“Pihak yang mendapati keputusan Mahkamah Tinggi tidak memihak kepadanya boleh membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan. Penghakiman yang dibuat di Mahkamah Persekutuan adalah muktamad,” katanya kepada Bernama Jumaat ketika diminta mengulas perkara itu.

Situasi sedemikian pernah berlaku pada pilihan raya umum ke-12 yang menyaksikan Mahkamah Tinggi membatalkan kemenangan tanpa bertanding Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah Tan Sri Joseph Kurup di kerusi Parlimen Pensiangan selepas PKR memfailkan petisyen bagi mencabar keputusan itu.

Bagaimanapun, Kurup mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu dan Mahkamah Persekutuan mengekalkan kemenangannya.

Sementara itu, pilihan raya umum ke-13 mencatat jumlah petisyen pilihan raya tertinggi iaitu Barisan Nasional (BN) 21 manakala pembangkang sebanyak 35.

Wan Ahmad berkata bagaimanapun tidak semua petisyen yang difail akan didengar kerana mahkamah akan menelitinya terlebih dahulu bagi memastikan ia memenuhi peruntukan yang ditetapkan.

Beliau berkata petisyen pilihan raya tidak boleh difail sewenang-wenangnya hanya kerana pihak yang kalah tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya.

“Ini merupakan satu perkara besar kerana petisyen pilihan raya melibatkan orang yang kalah meminta mahkamah untuk membatalkan keputusan pilihan raya itu yang telah dibuat oleh rakyat,” katanya.

Wan Ahmad berkata jika Mahkamah Tinggi membatalkan keputusan pilihan raya umum sesuatu kawasan, hakim perlu memberi notis kepada SPR dalam tempoh 14 hari bagi membolehkan proses persediaan mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari.

Beliau juga berkata tindakan BN memfailkan 21 petisyen jelas membuktikan proses pilihan raya yang dikendali SPR adalah telus dan tidak memihak kepada mana-mana parti.

UTAMAPILIHAN RAYAKeputusan Mahkamah Berkaitan Petisyen PRU13 Boleh Dirayu Di Mahkamah Persekutuan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium