Keputusan Mansuhkan ISA Dibuat Kerajaan BN – Najib - pakdin.my

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menegaskan, keputusan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, ISA adalah keputusan dibuat kerajaan Barisan Nasional dan bukan perjuangan pihak lain.

Kata beliau, pemansuhan akta itu adalah kehendak dan suara rakyat keseluruhannya.

DATUK SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK/PERDANA MENTERI
“Jangan hendaknya ada orang yang claim kredit kononnya pengumuman saya hasil perjuangan mereka. Ini bukan hasil perjuangan mereka, ini adalah keputusan yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional kerana kita mendengar isi hati rakyat Malaysia yang inginkan perubahan.”

Perdana Menteri berucap pada Majlis Mesra Pemimpin Barisan Nasional, sempena Program Sireh Pulang Ke Gagang di Dewan Agong Tuanku Canselor Universiti Teknologi MARA, UITM Shah Alam.

Menurut Perdana Menteri, kerajaan BN sentiasa mengambil kira pandangan rakyat sebelum membuat sebarang keputusan termasuk dalam isu pemansuhan ISA dan beberapa akta lain.

UTAMABERITAKeputusan Mansuhkan ISA Dibuat Kerajaan BN - Najib

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium