Keputusan Perdana Menteri Gugur Beberapa Menteri, Tidak Langgar Undang-undang - pakdin.my

shahrizat-ipoh-barat

Keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggugurkan lima menteri daripada barisan kabinet adalah tidak melanggar undang-undang, kata Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau berkata Najib selaku Perdana Menteri mempunyai hak mutlak untuk memilih atau menggantikan mana-mana menteri termasuk jawatan Timbalan Perdana Menteri.

“Di bawah Perlembagaan Persekutuan, beliau (Najib) diberi kuasa mutlak untuk pilih sesiapa yang beliau suka, percaya dan yakin untuk menjadi pasukan beliau di dalam kabinet dan yang dilantik itu mestilah ahli parlimen sama ada dari Dewan Rakyat atau Dewan Negara.

“Ia satu keputusan yang sempurna sebab kalau Perdana Menteri buat keputusan langgar undang-undang, mungkin kita ada pendapat lain tapi ini hak beliau, beliau boleh lantik sesiapa sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan UMNO Bahagian Ipoh Barat 2015 di Bangunan UMNO Negeri Perak di sini Sabtu.

Turut hadir Ketua UMNO Ipoh Barat, Datuk Shamsuddin Abd Ghafar dan Ketua Wanita UMNO Ipoh Barat, Datuk Sharifah Hashimah Syed Kamaruddin.

Shahrizat berkata kenyataan yang dibuat bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akan tetap bersama parti menjalankan tugas dan tidak akan membiarkan mana-mana pihak terutama pihak luar untuk memecah belahkan parti adalah satu penghormatan.

“Dalam parti (UMNO), Presiden kita adalah Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden termasuk Datuk Seri Mohd Shafie Apdal manakala apabila kita dalam kerajaan Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Kami wanita UMNO, kita ‘parti diutamakan’ dan pucuk kepimpinan yang ada kita beri sokongan,” katanya.

Selain daripada Muhyiddin dan Mohd Shafie, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G Palanivel dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Ewon Ebin digugurkan dalam rombakan kabinet Selasa lepas.

UTAMAPOLITIKKeputusan Perdana Menteri Gugur Beberapa Menteri, Tidak Langgar Undang-undang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium