Keputusan TELCO kerana kos cukai cecah lebih RM576 juta: SKMM

CYBERJAYA: Suruhannjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini menjelaskan pengumuman oleh syarikat telekomunikasi (TELCO) untuk menyalurkan cukai perkhidmatan 6 peratus kepada pengguna perkhidmatan telefon prabayar adalah keputusan yang dibuat secara unilateral dan bukan keputusan kerajaan.

Menurut SKMM, keputusan untuk tidak lagi menanggung kos pembayaran cukai perkhidmatan bagi pelanggan mereka itu berikutan peningkatan sehingga RM576.8 juta yang dibayar Maxis, Celcom dan Digi tahun lalu.

“Pihak TELCO menanggung cukai perkhidmatan bagi mengalakkan pengunaan perkhidmatan prabayar tetapi kini penggunaan perkhidmatan prabayar meningkat sehingga 27.6 juta pengguna,” menurut kenyataan itu.

SKMM menjelaskan cukai perkhidmatan bagi perkhidmatan prabayar itu adalah sama seperti yang dikenakan untuk perkhidmatan lain.

Menurutnya, sejak dilaksanakan dalam 1988, syarikat telekomunikasi membayar cukai perkhidmatan bagi pihak pengguna telefon prabayar secara sukarela.

“Setakat ini pelanggan perkhidmatan telefon pascabayar membayar cukai perkhidmatan ini,” menurut kenyataan itu yang disiarkan BERNAMA.

Perlaksanaan cukai perkhidmatan untuk perkhidmatan telekomunikasi dilaksanakan pada 1998 menurut peruntukan Akta Cukai Perkhidmatan 1975 dan selaras dengan mekamisme percukaian Negara.
Ia selaras peruntukan Akta Cukai Perkhidmatan 1975 yang mengkehendaki pengguna menanggung cukai bagi perkhidmatan penggunaan merangkumi perkhidmatan telekomunikasi dan TV berbayar kecuali perkhidmatan internet

Leave a Reply