Kerajaan Komited Tunai Janji Kepada Masyarakat India – @NajibRazak - pakdin.my

Komuniti India Malaysia mendengar ucapan Perdana Menteri India, Manmohan Singh di pelancaran Little India Brickfield.

Kerajaan komited untuk menunaikan semua janjinya kepada masyarakat India dan tentunya sudah berbuat demikian dalam tiga tahun lepas, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata hasilnya jelas dan impaknya positif dengan masalah yang wujud lama sudah dapat diatasi sementara isu-isu baru diselesaikan.

“Dalam menghadapi masa depan dan dalam merayakan permulaan baru yang ditawarkan tahun baru, mari kita bina perkongsian berasaskan kepercayaan, supaya bersama kita mengangkat masyarakat.

“Saya tidak boleh lakukan ini bersendirian jadi saya perlukan tiap seorang daripada anda berganding bahu dengan saya dalam perjalanan membawa transformasi dan cahaya harapan kepada semua rakyat Malaysia,” kata beliau.

Najib menegaskan demikian dalam entri terbarunya bertajuk “Ugadi 2012” dalam blognya www.1Malaysia.com bersempena sambutan Tahun Baru atau “Ugadi” bagi komuniti Telugu Malaysia pada Jumaat.

Dalam menjayakan konsep 1Malaysia, kata Najib, masyarakat Telugu memainkan peranan penting dengan berusaha bersama kerajaan untuk menangani isu-isu yang dihadapi oleh rakyat dan kerajaan sentiasa bergabung secara langsung dengan rakyat serta melaksanakan pelbagai program untuk transformasi negara.

“Dalam semua usaha kita, kita komited sepenuhnya terhadap prinsip bahawa di bawah langit Malaysia, tidak ada masyarakat yang akan ketinggalan,” kata beliau.

Beliau berkata di Malaysia, “Ugadi” merupakan perayaan utama masyarakat Telugu dan merupakan masa bagi semua keluarga berkumpul bagi menyambut sebuah permulaan baru.

“Ketika masyarakat Telugu Malaysia merayakan Tahun Baru mereka atau “Ugadi”, kita semua diingatkan kembali tentang kekayaan warisan negara kita.

“Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan ‘Ugadi Shubhakanshalu’ kepada semua anggota masyarakat Telugu Malaysia,” kata beliau.

UTAMABERITAKerajaan Komited Tunai Janji Kepada Masyarakat India - @NajibRazak

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium