Kerajaan Selangor Akui Insentif Pelaburan Hasil Pemberian Kerajaan Pusat - pakdin.my

DUN-Selangor

Kerajaan Negeri Selangor mengakui sebarang insentif dan galakan berbentuk kewangan bagi pelaburan di negeri ini adalah hasil pemberian Kerajaan Persekutuan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan Pengangkutan Datuk Teng Chang Khim berkata kerajaan negeri tidak menawarkan sebarang insentif atau galakan seumpamanya kepada pelabur tempatan atau asing.

Jelas beliau, insentif yang ditawarkan kerajaan persekutuan itu disalurkan melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

“Bagaimanapun, kerajaan negeri ada menyediakan agensi khusus seperti Invest Selangor untuk membantu para pelabur.

“Bantuan bermula daripada proses mengenal pasti tapak, menyelaras permohonan kelulusan pembangunan serta membantu pelabur menyelesaikan masalah antara kerajaan negeri dan pusat,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor di sini hari ini.

Teng berkata demikian ketika menjawab soalan Mat Nadzari Ahmad Dahlan (BN-Batang Kali) yang ingin mengetahui mengenai insentif diberikan kerajaan negeri kepada pelabur.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata sejumlah 148.29 hektar (366.45 ekar) tanah rizab di negeri ini telah dibangunkan meliputi pembangunan berbentuk rumah kediaman.

Beliau berkata jumlah keluasan tanah rizab sedia ada yang kecil menyebabkan usaha pembangunan yang boleh dilakukan adalah terbatas.

Selain itu katanya, kerajaan negeri setakat ini juga tidak merancang untuk membangunkan kampung-kampung tradisi yang baharu sebaliknya sekadar menaik taraf kampung sedia ada seperti yang diumumkan pada pembentangan bajet negeri Jumaat lepas.

Mohamed Azmin berkata demikian bagi menjawab soalan Mohd Haslin Hassan (PAS-Tanjung Sepat) yang ingin mengetahui mengenai pembangunan tanah di negeri ini.

UTAMAPOLITIKKerajaan Selangor Akui Insentif Pelaburan Hasil Pemberian Kerajaan Pusat

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium