Kerajaan Selangor Tidak Bercadang Beri Subsidi Kurangkan Kadar Tol Kesas - pakdin.my

Mat Nadzari Ahmad Dahlan
Abdul Khalid berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Mat Nadzari Ahmad Dahlan (BN-Batang Kali)

Kerajaan negeri Selangor tidak bercadang memberi subsidi untuk mengurangkan kadar tol di Lebuh Raya Shah Alam (Kesas), kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata walaupun anak syarikat kerajaan negeri, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) memiliki 30 peratus pegangan saham dalam konsesi lebuh raya itu, keuntungan diperolehi tidak boleh digunakan bagi tujuan tersebut.

“Sama ada keuntungan Kesas ini dapat digunakan untuk memberi subsidi kepada pengguna (lebuh raya), ini tidak boleh dibuat kerana keuntungan PKNS hanya boleh diberikan kepada rakyat Selangor dan bukan rakyat lain yang turut guna tol di lebuh raya itu,” katanya dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jumaat.

Abdul Khalid berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Mat Nadzari Ahmad Dahlan (BN-Batang Kali) yang ingin tahu sama ada kerajaan negeri boleh menggunakan keuntungan PKNS yang diperolehi daripada operasi Kesas untuk memberi subsidi kepada rakyat dalam usaha mengurangkan kadar tol di Kesas.

Terdahulu, kepada soalan lain Mat Nadzari sama ada Selangor boleh mengambil alih syarikat-syarikat konsesi jalan raya yang kerajaan negeri mempunyai pegangan saham, Abdul Khalid berkata perkara itu tidak boleh dilaksanakan.

“Nak ambil alih (industri) air pun dah teruk, nak ambil alih lebuh raya lagilah. Mengambil alih lebuh raya lebih sukar daripada mengambil alih air kerana harga kontrak membuat jalan tidak tetap dan teratur.

“Kita lihat kos pembinaan lebuh raya adakalanya lebih tinggi sebagai usaha pelaburan,” katanya.

UTAMAPOLITIKKerajaan Selangor Tidak Bercadang Beri Subsidi Kurangkan Kadar Tol Kesas

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium