Kerajaan tekad bantu nelayan daripada cengkaman orang tengah – @NajibRazak - pakdin.my

nelayan-batu-rakit

Kerajaan, melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, sememangnya bertekad untuk membantu golongan nelayan daripada dibelenggu cengkaman orang tengah dalam perniagaan hasil perikanan, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, kerajaan menggariskan lapan strategi utama dalam usaha menjayakan misi itu, termasuk mengambil alih hutang nelayan sebanyak RM40 juta daripada orang tengah menerusi Tabung Ekonomi Usahawan Malaysia (TEKUN).

“Saya percaya dengan pendekatan yang komprehensif, kita akan dapat membantu golongan nelayan dalam meningkatkan pendapatan mereka,” kata Najib dalam catatan terbaharunya di Facebook.

Semalam, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melancarkan jihad memerangi orang tengah dalam sektor perikanan dengan lapan strategi utama bagi membebaskan golongan nelayan daripada golonan itu.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata menerusi pengambilalihan hutang itu, pihak Tekun akan membayar secara langsung hutang nelayan terbabit daripada orang tengah dan selepas itu mereka hanya akan berhutang dengan tabung itu.

Hasil kajian yang dilakukan, dianggarkan kebanyakan 47,000 nelayan Zon A dan Zon B berhutang dengan orang tengah menyebabkan mereka terikat dan terpaksa menjual hasil kepada pihak berkenaan.

UTAMAKerajaan tekad bantu nelayan daripada cengkaman orang tengah - @NajibRazak

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium