Keselamatan Pelajar Malaysia Di Mesir Keutamaan Paling Atas – @NajibRazak - pakdin.my

OpsPiramid

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keselamatan pelajar Malaysia di Mesir adalah keutamaan paling atas.

Perdana Menteri dalam tweetnya berkata kerajaan akan mengambil segala langkah perlu untuk membawa mereka pulang ke tanah air dengan selamat.

 

Najib dilapor telah mengarahkan supaya dibuat persiapan bagi membawa pulang pelajar Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di Mesir memandangkan pergolakan di negara itu sekarang.

 

Sementara itu, Kementerian Pendidikan dan Wisma Putra di Mesir telah mewujudkan “safe home” (kediaman selamat) bagi memudahkan pemindahan keluar pelajar Malaysia bila keadaan memerlukan.

Pertempuran berdarah meletus Rabu lepas antara penyokong presiden Mohamed Morsi yang digulingkan dengan pasukan keselamatan bila mereka bertindak merobohkan khemah-khemah di dua medan utama di Mesir yang didirikan oleh golongan yang setia kepada Morsi dan menuntut supaya dikembalikan kuasa kepada beliau

UTAMAKeselamatan Pelajar Malaysia Di Mesir Keutamaan Paling Atas - @NajibRazak

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium