Ketua Polis Pulau Pinang Terima SMS Ugutan - pakdin.my

penang-cpo

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi membuat laporan polis selepas menerima beberapa ugutan menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) daripada individu tidak dikenali.

Beliau yang menerima lebih daripada tiga SMS ugutan pada Isnin membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini pukul 9 malam semalam.

Antara kandungan SMS berkenaan ialah “Hello kepala Penang mau kasi ingat U sudah ambil saya punya kawan lima orang, U jangan ingat U The Best”. Selain itu pengirim SMS tersebut turut mengugut untuk “mengambil” Abdul Rahim atau rakannya jika tidak berjaya “mengambil” Abdul Rahim.

Kesemua SMS terbabit diterima daripada nombor yang sama bermula pukul 9 pagi ketika Abdul Rahim berada di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri di sini.

Sementara itu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kandungan SMS yang diterima oleh Abdul Rahim.

Polis sedang menjalankan siasatan, katanya.

Dalam pada itu Abdul Rahim gagal dihubungi.

UTAMABERITAKetua Polis Pulau Pinang Terima SMS Ugutan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium