Khalid akur kalah tapi tidak akan ikut desakan lepas jawatan MB #PemilihanPKR (video) - pakdin.my

pemilihan pkr kuala selangor

Akhirnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akur kepada kehendak ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk tidak memilihnya menyandang jawatan Timbalan Presiden PKR.

Namun tegas Menteri Besar Selangor itu, kekalahannya tidak bererti beliau akan tunduk dengan desakan agar berundur daripada jawatan dalam kerajaan negeri.

Malah Khalid menyifatkan tidak ada sebarang ketetapan yang dibuat oleh parti sehingga mendesak seseorang melepaskan jawatannya.

“Tak pernah ada klausa begitu, kalau kalah pemilihan kena letak jawatan sebagai MB. Itu bukan syaratnya. Tidak ada hal seperti itu.

“Jika anda memegang jawatan yang sudah dilantik maka kita kena teruskan tanggungjawab itu sehingga pilihan raya akan datang.

“Dan itu bukan pengakhirannya. Saya akan teruskan tanggungjawab ini sehingga tamat tugas saya sebagai seorang MB, ADUN dan Ahli Parlimen,” katanya kepada media yang ditemui di Majlis Penyampaian Sumbangan sempena Ramadhan 1435H di Pulau Indah Sabtu.

Khalid bersaing dengan penyandang Azmin Ali serta Setiausaha Agung Saifuddin Nasution.

Kalau ikut amalan biasa dalam arena politik kenyataan yang serius seumpama ini bukan keluar dari seorang yang berjawatan agak junior dalam struktur parti.

Bukan rahsia lagi akhir-ahkir ini kedudukan Khalid sebagai Menteri Besar dilihat sudah berada di hujung tanduk.

Ini bila ada komponen dalam PAS dan DAP di Selangor sudah mula tekan brek tidak menyokongnya lagi.

Bab PKR pula sudah jelas sekali mahu Khalid angkat kaki.

 

 

UTAMAPOLITIKKhalid akur kalah tapi tidak akan ikut desakan lepas jawatan MB #PemilihanPKR...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium