Khir Toyo failkan saman terhadap The Sun - pakdin.my

khir-toyo-ijn

Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo telah mengarahkan peguamnya memulakan tindakan menghina mahkamah terhadap akhbar The Sun.

Ia susulan artikel yang disiarkan akhbar berbahasa Inggeris itu, sebelum Mahkamah Persekutuan membuat keputusan berhubung pertuduhan rasuah ke atas Dr Mohamad Khir.

“Kami akan memfailkan (saman) menjelang Jumaat ini,” kata Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Dr Mohamad Khir, ketika ditemui di luar Mahkamah Persekutuan, semalam.

Muhammad Shafee merujuk dua artikel komentar yang disiarkan akhbar itu pada Jumaat dan Isnin lalu.

Terdahulu, sebelum hukuman dijatuhkan ke atas Dr Mohamad Khir, Muhammad Shafee menyerahkan dua artikel komentar itu kepada panel lima hakim yang dipengerusikan Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin.

“Artikel-artikel itu telah memberi prasangka teruk terhadap keputusan itu,” kata Muhammad Shafee.

Zulkefli bagaimanapun menegaskan, laporan-laporan itu tidak memberi sebarang pengaruh (terhadap panel itu) dalam membuat keputusan mereka

“Kami tidak dipengaruhi laporan-laporan negatif dan keputusan itu dibuat berdasarkan fakta,” jelasnya.

Semalam, Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 12 bulan ke atas Dr Mohamad Khir, atas kesalahan menggunakan kedudukannya untuk membeli dua lot tanah dan sebuah banglo di Shah Alam, di bawah harga pasaran, lapan tahun lalu.

Dr Mohamad Khir dihantar ke Penjara Kajang.

Pada 22 September lalu, panel itu menolak rayuan akhir Dr Mohamad Khir dan mengekalkan sabitan terhadap pertuduhan memperoleh untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya, Datuk Shamsuddin Hayroni.

Hartanah itu dibeli pada harga RM3.5 juta, sedangkan Ditamas membayar RM6.5 juta untuk hartanah itu pada 23 Disember 2004.

UTAMABERITAKhir Toyo failkan saman terhadap The Sun

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium