KHUTBAH BANJIR

banjir-hulu-kelantan

MUHASABAH DIRI TIDAK KIRA DARI PIHAK MANAPUN.

Tanah yang menyaksikan golongan umat yang mengaku islam lalu mendo’akan kemudharatan saudara islam sendiri (K.O ……) paling teruk ditenggelami air.

Rakyat yang dengan bangga kota mereka banjir dan mengadakan umpama pesta tetapi bertukar menjadi banjir yang dahsyat.

Tanah yang menyaksikan bangganya mereka menyedut air dari tanah untuk kegunaan harian dengan riak tanpa ada syukur menyatakan bahawa “negeri kami tanah yang diberkati” tetapi tidak lepas dari bencana dari Allah SWT.

Tanah yang menyaksikan penduduknya menyatakan bahawa punyai seorang manusia yang menjadi bahan do’a selepas nama nabi menjadi bahan limpahan air yang deras. (meletakkan tokoh itu selepas nabi)

Tanah yang menyaksikan mulut rakyatnya menyatakan itu padah dari “itu dan ini” akibat pemerintahan sifulan dan sifulan pada negeri selain jajahan mereka tatkala banjir dinegeri lain, menjadikan padah itu berbalik kepada mereka.

Apakah kamu masih tidak mahu beriman kepada Allah dan tidak mahu kembali kepada kebenaran?

Al-Quran itu dipelajari dan dimanfaatkan sebaiknya untuk menuntut ilmu yang benar lagi amanah. Sunnah juga menjadi tonggak kepada ilmu agar tidak sesat dari menuju jalan Allah.

Firman Allah SWT:

Dan tidakkah mereka memerhatikan bahawa sesungguhnya Allah yang menciptakan langit dan bumi, dan dia tidak merasa payah kerana menciptakannya, dan Dia kuasa menghidupkan yang mati? begitulah, sungguh, Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. (surah Al-Ahqaf 46: Ayat 33)

lagi firman Allah SWT:

Jika kami menghendaki, niscaya kami turunkan kepada mereka mukjizat dari langit, yang akan membuat tengkuk mereka tunduk dengan rendah hati kepadanya. Dan setiap kali disampaikan kepada mereka suatu peringatan baru (Ayat Al-Quran yang diturunkan) dari Tuhan yang Maha Pengasih, mereka selalu berpaling darinya. Sungguh, mereka telah mendustakan (Al-Quran), maka kelak akan datang kepada mereka (kebenaran) berita-berita mengenai apa (azab) yang dahulu mereka perolok-olokkan. Dan apakah mereka tidak memerhatikan bumi, betapa banyak kami tumbuhkan bumi itu berbagai macam pasangan (tumbuh-tumbuhan) yang baik? Sungguh, pada yang demikian itu terdapat tanda (Kebesaran Allah), tetapi kebanyakan mereka tidak beriman. (Surah Asy-Syu’araa’ 26: ayat 4-8)

Tetapi malangnya tatkala banjir berlaku, masih lagi yang tidak mahu kembali kepada Allah dan mencari-cari kesalahan pemerintah akibat nafsu mereka sendiri mempertuhankan thoughut.

Paling malang yang tidak langsung bersyukur atas pertolongan dan bantuan yang datang maka kelak akan bertambahlah azab Allah SWT sebagaimana firman-Nya:

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras“.

Rasullullah sallallahu alaihi wasalam bersabda:

“sesiapa yang tidak bersyukur dengan pemberian yang sedikit, juga tidak akan bersyukur dengan pemberian yang banyak. Siapa yang tidak mensyukuri manusia (berterima kasih) bererti tidak mensyukuri Allah. Memperkatakan nikmat Allah adalah adalah tanda syukur, dan mengabaikannya adalah kufur, berjamaah itu dirahmati, sedangkan berpecah belah boleh mengundang azab
(Hadis riwayat ahmad)

Na’uzubillah.

Allahulmusta’an.

Ayuhlah kembali kepada kebenaran dari Al-Quran dan As-Sunnah yang sahihah untuk panduan hidup sekalian manusia dari tersesat.

Leave a Reply