Kilang Plastik Terbakar Di Rasa

KUALA KUBU BHAERU: Sebuah kilang membuat barangan plastik musnah dalam kebakaran di Kawasan Perindustrian Rasa di Kuala Kubu Bahru, dekat sini, petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 4.40 petang.

“Lima jentera bersama 33 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Arang, Rawang, Bestari Jaya, Selayang dan Tanjung Malim dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Ketika bomba tiba, api sedang marak dengan hampir keseluruhan kilang musnah. Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata sehingga pukul 7.30 malam tadi, anggota bomba masih berusaha memadamkan kebakaran dan asap tebal boleh dilihat dari jarak satu kilometer.

Punca kebakaran serta jumlah sebenar kerugian masih disiasat.

 

Leave a Reply