Kongres Kebangsaan DAP 2012 – Kit Siang, Guan Eng, Karpal Isi Kedudukan Teratas Pemilihan DAP - pakdin.my

dap 20 ajk 2012

GEORGE TOWN: Penasihat DAP dan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang serta anaknya, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung parti dan Ketua Menteri Pulau Pinang mengisi dua kedudukan teratas dalam pemilihan untuk 20 jawatan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) pada Kongres Kebangsaan DAP ke-16 di sini, Sabtu.

Kit Siang memperoleh majoriti undi (1,607) dari perwakilan manakala Guan Eng menerima 1,576 undi.

Pengerusi DAP, Karpal Singh turut menerima undi ketiga tertinggi iaitu sebanyak 1,411 undi.

Pada pemilihan 2008, Karpal hanya menerima 471 undi, meletakkan di kedudukan kesembilan.

Wakil calon Melayu tunggal, Ahmad Ton yang terpilih pada tahun lalu turut tersingkir.

Tiada seorang daripada lapan wakil calon Melayu terpilih untuk mengisi senarai jawatankuasa itu.

Antara calon lain yang dipilih untuk 20 jawatan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) adalah Chong Chieng Jen, Anthony Loke Siew Fook, Vincent Wu Him Ven, Tan Kok Wai, Gobind Singh Deo, Tony Pua, Teng Chang Khim, Fong Kui Lun, Nga Kor Ming, Chong Eng, Chow Kon Yeow, Liew Chin Tong, M Kulasegaran, Boo Cheng Hau, Teresa Kok, Teo Nie Ching dan Ngeh Koo Ham.

Seramai 63 calon bertanding untuk merebut 20 kedudukan dalam CEC kali ini.

Bagaimanapun jumlah calon sebenar yang menawarkan diri bertanding adalah seramai 68 tetapi lima daripadanya menarik diri.

Lima calon berkenaan adalah Choong Siew Onn (Pahang), Er Teck Hwa (Johor), Jaya Balan Valliappan (Perak), Teok Kok Seong (Negeri Sembilan) dan Violet Yong Wui Wui (Sarawak).

Seramai 1,823 perwakilan layak mengundi memilih barisan CEC kali ini.

Barisan jawatankuasa baru itu akan bermesyuarat pada Ahad bagi melantik 10 wakil untuk mengisi jawatan selebihnya bagi penggal 2013-2015.

Berikut adalah senarai anggota CEC yang menang pemilihan pada Sabtu:

1. Lim Kit Siang (1,607)

2. Lim Guan Eng (1,576)

3. Karpal Singh (1,411)

4. Chong Chieng Jen (1,211)

5. Loke Siew Fook (1,202)

6. Wu Him Ven (1,202)

7. Gobind Singh Deo (1,197)

8. Fong Kui Lun (1,137)

9. Nga Kor Ming (1,075)

10. Tan Kok Wai (1,199)

11. Tony Pua Kiam Wee (1,162)

12. Teng Chang Khim (1,152)

13. Chong Eng (1,006)

14. Boo Cheng Hau (958)

15. Chow Kon Yeow (986)

16. Liew Chin Tong (984)

17. M Kula (984)

18. Teresa Kok (925)

19. Teo Nie Ching (903)

20. Ngeh Koo Ham (824)

++++

Seng Giaw, P Ramasamy tewas pemilihan CEC DAP

GEORGETOWN: Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw yang juga Ahli Parlimen Kepong tewas dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu, sebentar tadi.

Seng Giaw menerima 802 undi manakala Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy turut tewas dalam pemilihan kali ini dengan menerima 746 undi.

Sementara itu, tiga pemimpin utama DAP iaitu Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Lim Guan Eng terus mendapat kepercayaan perwakilan apabila sekali lagi diberi kerpercayaan dalam CEC DAP kali ini.

Kit Siang menerima 1,607 undi dan Karpal (1,411) manakala Guan Eng (1,576).

UTAMAPOLITIKKongres Kebangsaan DAP 2012 - Kit Siang, Guan Eng, Karpal Isi Kedudukan...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium