Kos dapatkan lesen memandu di Malaysia antara termurah – Aziz Kaprawi - pakdin.my

YB Dato’ Abd Aziz Kaprawi berkata demikian ketika menjawab soalan yang diajukan oleh YB Kulim-Bandar Baharu, YB Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir mengenai pemandu yang tidak berlesen dan tahap penguatkuasaan pihak berkuasa. Beliau juga mengajukan soalan tentang perluasan program Hari Tanpa Kenderaan di bandar-bandar utama selain Kuala Lumpur.

Kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil maklum akan isu pemandu memandu tanpa lesen yang sah.

Inisiatif Kerajaan seperti Program myLESEN dan Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) diperkenalkan bagi memastikan rakyat Malaysia memiliki sekurang-kurangnya lesen memandu asas B2 (motosikal).

Kos dapatkan lesen memandu di Malaysia antara termurah iaitu RM350 untuk lesen motosikal berbanding negara lain iaitu RM2000 hingga RM3000

Program myLesen dan SKSJ ini dapat membantu dan menyumbang kepada pengurangan jumlah mereka yang menunggang tanpa lesen seterusnya membawa kepada peningkatan keselamatan jalan raya.

Program penguatkuasaan telah dijalankan oleh JPJ dalam bentuk Operasi Rutin, Operasi Bersepadu dengan pelbagai agensi, Operasi Khas Motosikal, Operasi Pengarah dan Operasi Lebih Muatan. Sehingga September 2016, sebanyak 231,788 kesalahan dikesan.

Pelaksanaan Hari Tanpa Kenderaan seperti yang dilaksanakan di Kuala Lumpur adalah di bawah bidang kuasa kerajaan tempatan.

Pihak Kementerian Pengangkutan tiada halangan dan menyokong inisiatif ini sebagai satu usaha untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam dan juga sebagai satu usaha mengurangkan pencemaran udara di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur.

aziz-kaprawi

#MoveMalaysia

UTAMAKos dapatkan lesen memandu di Malaysia antara termurah - Aziz Kaprawi

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium