KPN Gesa 31 Pengikut Ajaran Sesat Tuhan Harun Serah Diri - pakdin.my

tuhan-harun

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menggesa 31 pengikut ajaran sesat Tuhan Harun supaya segera menyerah diri.

Kesemua individu termasuk enam orang wanita itu pernah ditahan di sebuah premis di Lorong Pandan Damai Kuantan, 5 April lalu oleh JAIP.

Menurut Tan Sri Khalid, sebuah pasukan khas bagi menyiasat kes itu juga ditubuhkan.

Siasatan polis juga dibuat dari segenap aspek bagi mengetahui motif sebenar kejadian.

Tan Sri Khalid juga turut melahirkan kebimbangan sekiranya ajaran syiah yang semakin berleluasa turut melibatkan unsur militan yang boleh menggugat ketenteraman negara.

Dalam kejadian kira-kira jam 1:55 petang semalam, Ahmad Raffli Ab. Malik maut selepas terkena dua das tembakan dilepaskan oleh tiga lelaki yang datang menaiki sebuah kereta di hadapan rumahnya di Indera Mahkota, Kuantan.

Salah seorang daripada penjenayah dipercayai memakai jubah hitam dan berkopiah.

 

UTAMABERITAKPN Gesa 31 Pengikut Ajaran Sesat Tuhan Harun Serah Diri

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium