Kren tumbang di Masjidilharam: 3 Lagi Jenazah Jemaah Haji Malaysia Di Kenalpasti, Seorang Ditemui Selamat - pakdin.my

kren-runtuh-mekah-jemaah malaysia meninggal

Terlebih dahulu setinggi-tinggi rakaman terima kasih diucapkan kepada semua wakil media yang berada di sini untuk kita bersama-sama berkongsi perkembangan terbaharu jemaah haji yang hilang.

TH mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Kerajaan Arab Saudi terutamanya Kementerian Haji, Kesihatan, Muassasah Asia Tenggara dan Pejabat Kedutaan Malaysia di Arab Saudi yang memberikan kerjasama dan bantuan kepada TH bagi mempercepatkan usaha-usaha pengecaman.

Secara umumnya proses pengecaman yang dilakukan adalah melalui:

i. Pengecaman jenazah berdasarkan paparan gambar serta barangan pengenalan jenazah di rumah mayat. Jemaah Haji Malaysia telah dibekalkan dengan beberapa tanda pengenalan diri seperti buku rekod kesihatan, pas dan gelang. Tanda pengenalan ini memudah dan mempercepatkan segala usaha pencarian dan pengecaman dilakukan.

ii. Setelah identiti disahkan, jenazah tersebut dilaporkan kepada pihak Muassasah untuk proses pengebumian.

Pada jam 6.00 petang (waktu Saudi), TH telah mengenalpasti tiga lagi jenazah iaitu:

SITI NUROSHLIZAN ZOLKIFLI
37 THN, KT49
MAKTAB 90 AL WAFIDEEN
TANAH MERAH, KELANTAN

ROHANA ISMAIL
54 THN, KT49
MAKTAB 90 AL WAFIDEEN
KUALA KRAI, KELANTAN

MUNAH JUSOH
73 THN, KT49
MAKTAB 90 AL WAFIDEEN
CHERANG RUKU, KELANTAN

Ketiga-tiga jenazah telah dikenalpasti oleh waris-waris mereka di Tanah Suci.

Kami semua amat berdukacita, bersimpati dan mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga Allahyarhamah. Kami juga mengambil kesempatan ini menasihati mereka untuk bersabar dan tabah dengan dugaan ini.

Marilah kita bersama-sama mendoakan agar roh ketiga-tiga Allahyarhamah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.

Untuk makluman semua, Kerajaan Arab Saudi menempatkan kesemua jenazah di rumah mayat Muaissem, yang terletak berdekatan dengan Mina, Makkah.

Pada masa yang sama kami berharap waris-waris yang lain akan terus bersabar dan berdoa. TH akan terus berusaha sedaya upaya untuk terus mencari mangsa-mangsa di hospital-hospital berdekatan serta memastikan segala proses-proses pengecaman diselesaikan secepat mungkin.

Manakala seorang jemaah haji ABDUL MULUK ISHAK,71 tahun dari Pantai Remis, Perak telah berjaya ditemui dan berada dalam keadaan sihat dan selamat.

TH akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa.

LEMBAGA TABUNG HAJI

UTAMABERITAKren tumbang di Masjidilharam: 3 Lagi Jenazah Jemaah Haji Malaysia Di Kenalpasti,...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium