Krisis Air Selangor: SPLASH saman SYABAS

Kelmarin, kami diberitahu bahawa SPLASH telah memfailkan di mahkamah untuk menyaman SYABAS yang dimiliki 100% oleh kerajaan Selangor bagi bil yang tidak dibayar berjumlah RM4.2 bilion – yang melebihi daripada rizab negeri Selangor sebanyak RM3 bilion.

Menurut SPLASH, kerajaan Selangor hanya membayar 30% daripada jumlah bil mereka kepada SPLASH sejak mengambil alih SYABAS beberapa tahun lalu.

Semakan dengan SSM juga menunjukkan bahawa bagi tahun kewangan terkini yang berakhir pada 31 Dis 2016 dan dibentangkan pada 30 Mei 2017, SYABAS mencatatkan KERUGIAN bersih untuk tahun berkenaan sebanyak RM1.19 bilion daripada perolehan sebanyak RM1.87 bilion.

Walaupun kerajaan Selangor belum memfailkan penyata bagi tahun 2017, saya yakin kerugian bagi tahun 2017 adalah sama besar atau lebih besar.

Ini bermakna SYABAS tidak mampu membayar SPLASH apabila mereka kalah kes mereka dan sebaliknya Kerajaan Selangor terpaksa membayar bagi pihak SYABAS.

Di samping itu, kerajaan Selangor di bawah Azmin Ali juga telah menandatangani untuk meminjam RM9.65 bilion daripada Kerajaan Persekutuan pada tahun 2015.

Laporan Ketua Audit Negara terkini bagi tahun 2016 juga menunjukkan bahawa di tahun kedua di mana Azmin menjadi Menteri Besar, kerajaan Selangor mencatatkan defisit untuk tahun berkenaan yang berjumlah negatif RM145 juta berbanding dengan surplus yang konsisten pada tahun-tahun sebelumnya di bawah bekas Menteri Besar, Khalid Ibrahim.

Selangor kelihatan seperti satu lagi negeri yang pantas menuju kearah menjadi muflis.

Syabas… Menteri Besar, Azmin Ali.

Tidak hairanlah dia hanya mampu menggunakan perkhidmatan Grabcar sekarang ini.

LSS.

———-
Rujukan:
https://pakdin.my/tag/krisis-air/
https://pakdin.my/tag/splash/

Comments (16)

  1. Buyung Tembaga Saturday, April 14, 2018 -04-14 03:19:17'
  2. Friends Of BN Hulu Selangor Thursday, April 12, 2018 -04-12 15:28:38'
  3. Zainuddin Abdul Hadi Thursday, April 12, 2018 -04-12 15:06:36'
  4. Zainuddin Abdul Hadi Thursday, April 12, 2018 -04-12 15:05:44'
  5. Yahya MD Yatim Thursday, April 12, 2018 -04-12 09:51:14'
  6. Aidit Mokhtar Wednesday, April 11, 2018 -04-11 14:12:49'
    • Bro Abracuss Wednesday, April 11, 2018 -04-11 17:41:45'
    • Bro Abracuss Wednesday, April 11, 2018 -04-11 17:42:46'
    • Aidit Mokhtar Wednesday, April 11, 2018 -04-11 17:51:59'
    • Mohd Shaheri Wednesday, April 11, 2018 -04-11 20:48:16'
    • Aidit Mokhtar Wednesday, April 11, 2018 -04-11 20:49:01'
  7. Rosden Selamat Wednesday, April 11, 2018 -04-11 14:12:10'
  8. Gir Rizalo Wednesday, April 11, 2018 -04-11 13:56:53'
  9. Mohd Fadhil Wednesday, April 11, 2018 -04-11 13:27:00'
  10. Mat Jan Wednesday, April 11, 2018 -04-11 12:21:33'
  11. Shieda Sukor Wednesday, April 11, 2018 -04-11 12:17:40'