Krisis MB Selangor: 2 ADUN PAS Diberi 24 Jam Tarik Balik Sokongan Terhadap Wan Azizah – PAS Selangor - pakdin.my

baiah-2-adun-pas-selangor

Dua Ahli Dewan Undangan (ADUN) PAS yang menyatakan sokongan kepada Dr Wan Azizah iaitu ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib dan ADUN Morib, Hasnul Baharuddin diberi masa 24 jam untuk menarik kenyataan mereka menyokong ADUN Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar yang baharu.

Tindakan dua ADUN itu disifatkan sangat serius sekali gus melanggar arahan dan tatacara parti.

Berikut adalah kenyataan penuh daripada Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman:

PAS Selangor memandang serius tindakan ADUN PAS yang telah mengambil pendirian dan sikap bersendiri tanpa menurut tatacara dan arahan yang telah di tetapkan oleh parti.

“Tindakan 2 ADUN PAS di Selangor yang membelakangi pendirian parti amatlah serious dan kita akan bertindak”

PAS Selangor memberi tempoh 24 jam untuk menarik balik pendirian dan tindakan yang di buat atau menghadapi konsekuansi tindakan.

PAS mempunyai organisasi negeri, kepimpinan pusat dan Majlis Syura Ulamak yang harus kita patuh.

“Mengapa terlalu gopoh dan terlalu taksub sehingga parti di belakangkan. Bukankah PAS Pusat akan bermesyuarat pada 17 Ogos ini?

“Kita akan patuh apa jua keputusan dan ketetapan yang akan dibuat oleh PAS Pusat pada 17 Ogos ini. Sebab itu sabar.

“Saya nasihati kedua ADUN ini menarik balik tindakan atau PAS Selangor akan mulakan tindakan disiplin termasuk melihat kepada kandungan baiah yang telah di lafazkan sewaktu menjadi calon.

Arahan dari Pesuruhjaya adalah tumpu kepada pentadbiran kerajaan negeri sebagaimana yang diarahkan oleh parti

UTAMAPOLITIKKrisis MB Selangor: 2 ADUN PAS Diberi 24 Jam Tarik Balik Sokongan...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium