Krisis MB Selangor: Abdul Hadi Gopoh – Muhammad Muhd Taib - pakdin.my

muhammad muhd taib

Selepas hanya setahun menyertai PAS, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib secara terbuka menyalahkan Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung kedudukan Menteri Besar Selangor.

Tegas Muhammad, Abdul Hadi tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan mendahului Jawatankuasa PAS Pusat dengan menyatakan sokongan supaya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar.

“Kenyataan Presiden PAS telah menimbulkan suasana tegang. Sepatutnya hal ini akan dibincangkan dahulu pada pada 10 Ogos akan datang.

“Selepas itu barulah keputusan PAS dimaklumkan secara rasmi,” katanya pada Selasa.

Muhammad menyertai PAS pada April 2013.

Beliau berkata demikian menerusi surat terbuka yang dikirimkan kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan tajuk ‘Mengapa Menteri Besar Selangor Perlu Ditukar’.

Baru-baru ini Nik Abdul Aziz yang turut menyokong Abdul hadi mempersoalkan alasan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menggulingkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Sebelum itu, Dewan Ulama PAS Pusat turut menyatakan sokongan mahu supaya Abdul Khalid dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor selaras dengan pendirian yang dinyatakan Abdul Hadi.

Selain itu, menerusi surat terbuka itu juga, Muhammad yang juga bekas Naib Presiden Umno menyatakan bahawa Abdul Khalid sudah hilang kepercayaan daripada ahli PAS, PKR dan DAP.

UTAMAPOLITIKKrisis MB Selangor: Abdul Hadi Gopoh - Muhammad Muhd Taib

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium