Krisis MB Selangor: Khalid Hadir Mesyuarat Majlis Penasihat Raja-Raja (video) - pakdin.my

Kenderaan yang dinaiki Abdul Khalid dilihat memasuki Istana Alam Shah Klang kira-kira pukul 8.45 pagi
Kenderaan yang dinaiki Abdul Khalid dilihat memasuki Istana Alam Shah Klang kira-kira pukul 8.45 pagi

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tiba di Istana Alam Shah di sini, kira-kira pukul 8.45 pagi Isnin untuk menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Difahamkan Menteri Besar itu akan memaklumkan kepada Sultan Selangor mengenai kedudukannya kini selepas dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Sabtu lalu.

Abdul Khalid dijangka turut menjelaskan mengenai situasi terkini politik Selangor pada mesyuarat khas Majlis Penasihat Raja-Raja yang dijadual berlangsung kira-kira pukul 10 pagi di sini.

Sebelum ini Abdul Khalid berkata beliau akan meneruskan tugasnya sebagai Menteri Besar dan dinasihatkan supaya tidak membuat apa-apa kenyataan sehingga mesyuarat Majlis Penasihat Raja-Raja selesai diadakan.

Sabtu lalu mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR sebulat suara bersetuju memecat Abdul Khalid kerana enggan berundur daripada jawatannya bagi memberi laluan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar yang baharu.

 

 

UTAMAPOLITIKKrisis MB Selangor: Khalid Hadir Mesyuarat Majlis Penasihat Raja-Raja (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium