Krisis MB Selangor: Rafizi Ramli Buat Kenyataan Bodoh – Mustafa Ali - pakdin.my

stopa-ali-2

PAS menyifatkan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli membuat kenyataan bodoh apabila mendedahkan cadangan PAS mahu Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah dilantik sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

“Jika dia menganggap dia adalah pengarah strategi PKR, dia membuat satu kenyataan bodoh,” kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Mustafa mengulas kenyataan Rafizi malam tadi yang mendedahkan kononnya PAS mencadangkan Ahli Parlimen Gua Musang daripada UMNO itu sebagai bakal Perdana Menteri jika Pakatan berjaya menawan Putrajaya.

Rafizi mendedahkan perkara itu pada forum berkenaan krisis Menteri Besar Selangor di Kuala Lumpur, malam tadi.

“Sebulan sebelum PRU13, pemimpin PAS, Abdul Hadi Awang, Mohamad Sabu, Datuk Dr Haron Din, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Mustafa Ali semuanya berjumpa Anwar.

“Mereka kata mereka hendak menamakan pemimpin UMNO, Tengku Razaleigh sebagai Perdana Menteri kalau kita menang Putrajaya,” kata ahli Parlimen Pandan itu.

“Saya tidak mahu berkata banyak tentang kenyataan Rafizi itu, hanya itu saja dulu,” kata Mustafa ketika mengulas mengenainya.

Selebihnya akan dijawab kemudian selepas menunggu jawapan daripada Rafizi Ramli sendiri.

UTAMAPOLITIKKrisis MB Selangor: Rafizi Ramli Buat Kenyataan Bodoh - Mustafa Ali

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium