Krisis MB Selangor: Sultan Selangor titah Khalid jangan keluar kenyataan isu MB - pakdin.my

wpid-khalid-azizah-mb-selangor.jpg

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak membuat sebarang keputusan atau pengumuman brkenaan jawatan menteri besar sehingga baginda kembali ke tanah air pada 27 Ogos ini.

Menurut Khalid, Sultan turut menitahkan bahawa baginda berpuas hati bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan ketika menyembah taklimat pada 11 Ogos lalu.

Dalam kenyataan pejabat Menteri Besar sebenar tadi, Khalid berkata perkara itu dimaklumkan baginda setelah beliau berkomunikasi dengan Sultan Selangor berhubung perkembangan terbaru politik di negeri itu.

Berikut kenyataan media tersebut:

DYMM SULTAN SELANGOR NASIHAT DATO’ MENTERI BESAR TIDAK MEMBUAT KENYATAAN SEHINGGA 27 OGOS INI

Saya telah berkomunikasi dengan DYMM Sultan Selangor berhubung perkembangan terbaharu politik di negeri ini termasuk sentimen di kalangan Ahli-ahli Dewan Negeri Selangor.

DYMM Tuanku Sultan telah menitahkan yang baginda berpuashati bahawa saya mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan pada ketika saya menyembah taklimat pada Isnin, 11 Ogos 2014.

Seterusnya, DYMM Tuanku Sultan telah menitahkan supaya saya tidak membuat sebarang keputusan atau pengumuman berkenaan jawatan Menteri Besar sehingga baginda kembali pada 27 Ogos ini untuk saya menghadap baginda.

Saya menasihatkan kepada pihak-pihak yang berkenaan yang mendakwa saya telah mengelirukan DYMM Tuanku Sultan supaya menulis terus kepada baginda untuk mendapatkan penjelasan.

TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
YAB DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

UTAMAPOLITIKKrisis MB Selangor: Sultan Selangor titah Khalid jangan keluar kenyataan isu MB

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium