Krisis Politik Terengganu: Kronologi (video) - pakdin.my

krisis-mb-terengganu

13 Mei 2014: Adun BN Terengganu mengadakan pertemuan khas dengan Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya bagi membincangkan mengenai penyelesaian konflik politik Terengganu termasuk kemungkinan untuk membubarkan DUN.

13 Mei 2014: PAS Terengganu pada mesyuarat khasnya mendesak supaya DUN dibubarkan untuk diadakan Pilihan Raya Negeri (PRN).

13 Mei 2014: Tiga Adun BN Terengganu iaitu Datuk Mohd Jidin Shafee (Permaisuri), Bazlan Abd Rahman (Batu Rakit) dan Muhammad Pehimi Yusof (Jertih) dijadual mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pukul 4 petang.

13 Mei 2014: Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat akan mengadakan sidang media khas pada pukul 5 petang bagi memaklumkan mengenai pendirian parti itu berhubung situasi politik di negeri itu.

13 Mei 2014: PAS Terengganu mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan krisis politik negeri berkenaan.

13 Mei 2014: Adun Bukit Besi, Roslee Daud mengisytiharkan keluar dari Umno dan bertindak sebagai wakil rakyat Bebas.

13 Mei 2014: Adun Ajil, Ghazali Taib turut mengisytiharkan keluar dar Umno dan kedua-dua Ahmad dan Ghazali menjadi wakil rakyat Bebas bagi DUN kawasan Kijal dan Ajil.

12 Mei 2014: Hanya beberapa jam selepas meletakkan jawatan sebagai MB, Ahmad kemudiannya mengumumkan keluar dari Umno.

12 Mei 2014: Ahmad Razif dilantik sebagai MB Terengganu yang baharu dan mengangkat sumpah memegang jawatan di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin

12 Mei 2014: Ahmad meletak jawatan sebagai MB Terengganu.

7 Mei 2014: Dilaporkan Putrajaya meminta dua Adun di Terengganu iaitu Adun Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman dan Adun Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar diminta ‘bersiap sedia’ untuk menggantikan Ahmad sebagai MB Terengganu yang baharu.

19 Mei 2013: Kira-kira dua minggu selepas PRU-13, Ahmad menandatangani surat persetujuan beliau akan memegang jawatan itu hanya selama setahun.

5 Mei 2013: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi tempoh selama setahun kepada Menteri Besar (MB) Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said untuk memegang jawatan itu selepas negeri tersebut menang tipis pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kerana beliau mahu pemimpin tertinggi di negeri itu berundur secara baik.

Status terkini kedudukan kerusi DUN Terengganu:

Barisan Nasional (BN) – 14

Pakatan Rakyat – 15 (PAS – 14, PKR – 1)

Bebas – 3

Jumlah kerusi DUN Terengganu: 32

 

 

UTAMAPOLITIKKrisis Politik Terengganu: Kronologi (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium